Ociba Seputeh Susu : Syurga Tempatmu Sayang

9:37 PTG



Ociba Seputeh Susuku sayang
Syurga tempatmu..
Mama tanamkan kamu bersebelahan pokok rendang
Bertemankan pemandangan indah permai putrajaya



Ociba Seputeh Susuku sayang
Sekejab hadirmu memberi kesan tidak terbatas
Memberi memori tak bisa dipadam
Memberi tangisan tak mampu ku hentikan



Ociba Seputeh Susuku sayang
Orang tanya mengapa mama menagis
Bila waktu kau harus pergi
Mama jawab, kamu kesayangan



Ociba Seputeh Susuku sayang
Amanlah kamu disana
Mama redha jika ini ceritanya
Asalkan kamu tidak terseksa



Ociba Seputeh Susuku sayang
Kamu dalam kenangan terindah mama yang paling dalam

Keadaan kamu pada waktu ini sudah semakin teruk
telah mama bawa pegi klinik tapi doktor kata kamu demam
bila kamu tak baik-baik walaupun demam dah kebah
mama bawa kamu jumpa Dr Zul dan rakan2..

Rupanya serius penyakitmu sayang
Mama dah buat semampu mama
Tapi tuhan lagi sayang kamu
Dia tidak mahu kamu tersiksa.

Cepatnya kamu pergi tinggalkan mama dan papa..
Apalah daya kami

Mama sayang kamu dunia akhirat.
Ociba Seputeh Susu
Amin.


You Might Also Like

3 Komen