Bila Masalah Jerawat Aku Nak Selesai??

11:06 PG

Assalammualaikum W.B.T

Cuba tengok muka aku ni. licin kan. mengalahkan orang pakai SKII gitu padahal hari-hari aku basuh pakai air paip je. takde pencuci bagai. produk-produk bagai. semua orang cakap, untunglahhhhh~~~ takde jerawat kat muka.. bila kita kata ada.. dia jawab untunglah~~~ jerawat kecik-kecik je tak beso dan tegar sejerawat batuh..

Tapi tahukah korang? ceh macam apa je ayat..aku menderita jerawat di kawasan selain muka aku ni pada tahap menyampah dan merisaukan kot.. Kat mana-mana je tak tumbuh?? kepala? belakang badan, ketiak, bla-bla.. semua ada.. jerawat paling aku derita ialah kat kepala. peh jerawat tu macam diternak pulak. Hari ni jadi..esok dah boleh tuai. lepas tuai dia beranak terus menjadi lagi. Sakitnya tuhan je yang tahu.


Contoh jerawat aku
tapi cerawat aku lagi banyak dan kuning-kuning masak
ranum gitu

Aku dah lama kene penyakit jerawat aku ni sejak aku duduk putrajaya ni. Masa duduk PD dulu walau air super karat, aku punye kulit masih suci murni ualss.. Sekarang, kalau dibandingkan badan aku dengan jalan tar, licin lagi jalan tar.


ni aku bagi contoh sapa punye tah
tapi aku punye tak de besar2 macam dia ni
kecil tapi banyak

Apa yang aku perasan, bila kulit aku berpeluh.. kejab je jerawat naik. Kira aku ni tak leh berpeluh langsung. Kalau pagi ni aku mandi basahkan rambut.. balik kerja bile aku buka tudung, merenyam yanggggg amat. terus aku tuai jerawat aku ni. Dah la kelemumur banyak. Ya ampun. derita merindu.

Sapa tahu sejarah sakit jerawat aku ni kompom dapat membayangkan situasi aku buat keputusan untuk membotakkan kepala aku dulu. Aku cari juga gambar aku botak tu, takde lak simpan hahha. sekarang ni aku berniat nak membotakkan balik tapi laki aku larang. Dia kata kalau tak tahan sangat, pendekkan je rambut tu tapi jangan botakkan. Fuh..dia tak tahu betapa sakitnye kepala aku ni. Silap haribulan jerawat silap tumbuh terus magrain aku dibuatnye..

Dulu masa aku nak kawen, akak aku ada pesan, kawen lepas jerawat kat kepala tu baik. Mak aku selalu cakap "Ana Borok" merujuk kepada kepala aku. Yelah dulu diorang bising bila tidur sebantal dengan aku terus jangkit jerawat. Lagi-lagi mak aku. Tapi kejab je lepas tu baik. Tapi sebab tak selesai juga..aku kawen juga hahaa. Memula kawen laki aku ada juga dok merungut kepala dia gatal dan berjerawat. tapi tak lama je. lepas sebulan cam tu, dah baik dan tak de lagi dah sekarang.

Dah macam apa dah orang semua takut nak kongsi sikat gan aku, nak kongsi bantal dengan aku. Sebab tu sekarang kalau kawan-kawan ajak lepak.."Oi.Bukalah tudung tu" aku bukan sombong atau menyimpan rambut kaler emas ke apa tapi aku tak selesa dan tak nak orang rasa tak selesa dengan keadaan aku. Pulak tu kalau aku buka tudung, aku tak kan berhenti garu kepala macam ketek kau tahu tak.. Sedih betul.

So sekarang aku bertekad makan Herbalife balik sebab dulu aku makan, jerawat aku semua berdisiplin. Hahaha. pulak kalau aku datang bulan, 3 2 hari sebelum tu mesti jerawat naik memancut-mancut. Tu tanda dia nak maii la.. So aku takkan bajetlah yang aku ni mom to be ke hapa sebab 3 hari sebelum aku tahu dahhh...

Harap-harap cepatlah aku baik dari misteri jerawat yang tak berkesudahan ni. Nak pakai produk2 aku tak mampu. Dulu kat kampung aku rajin gonyoh kepala aku dengan limau nipis.. la ni malas pulak ahahha.

p/s: jangan kenalkan aku dengan produk mahal-mahal ok :P. Satu lagi, aku bercerita sekadar perkongsian. jangan nanti korang tak nak kawan gan aku lak. aku tahu penyakit aku dan aku masih jaga batas antara aku gan korang. aku serik dah dituduh pembawa penyakit kat orang. aku dah rasa perasaan tu sampai aku murung.


You Might Also Like

4 Komen