Jamban Moden Anak Bulu Zaman Sekarang

3:47 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Mana pergi mood aku sejak dua menjak ni nak berblog. Semua terburai terbarai. Kahkah. tiba-tiba aku rasa macam poyo baca balik blog aku ni. semua kisah syok sendiri pon ada. lantaklah. korang la aku nak letak gosip-gosip korang marah hahaa.

Pulak sejak ada kucing ni, kucing aja aku cerita. Yelah aku takde anak. kalau ada anak, cerita anak pulak tak gitu hahaha. Ni aku dah lama tak cerita pasal kucing kan.jab lagi mood cerita pasal kucing naik lah tu. ahaha. Lagi satu sejak dua menjak ni, aku dah tak bahasakan diri aku "pupel" macam dulu-dulu sebab aku rasa kelakalah! yelah ramai pulak orang yang kenal aku dah baca blog ni so aku malu. Kalau terasa rock sangat bahasakan diri "aku" ni mintak maaf dulu ye..

Ok aku nak cerita pasal jamban kucing ni. Haritu aku tunjuk kat laki aku jamban kucing serba moden. Memudahkan kerja aku. En suami dah janji nak belikan tapi sebab dia kemalangan ni, terbantutlah proses nak membelinya plus bulan ni keadaaan kewangan sangat mendukacitakan disamping laki aku tak dapat ot kheeeen so aku rasa nanti ada duit baru beli. Ni ha bendanya aku nak tunjuk.



Ohooo mahal yerk? memang agak la harga dia.. tapi korang tengok berapa besar dia kat gambar dibawah ni ha:


Nampak gambar yang sebelah kipas tu.. hehehe. ni Klinik Haiwan Tanya Sama Vet ni. gambar curi dari kak Rozilayati hahaa.Gila memudahkan aku kan. senang kan. ceceh. so harga dia tu pejam-pejam jelah kalau nak senang. sebenarnya ada tujuan napa aku nak beli benda alah ni. Meh aku senaraikan sini:

1. Memudahkan proses nak buang tahi nicko, nicky dan kakak kopi.
2. Tak payah tapis-tapis dah. kau ingat main tapis-tapis tahi kucing ni seronok ke. hehe
3. Pasir kucing ni tak bersepah. faham-faham lah kucing kalau nampak pasir. habis dikitainye.
4. Tahi tak nampak. Yelah tak semua orang berselera nak tengok tahi ni. aku pun tak de selera tapi aku cool lagi. so bila ada benda ni orang tak nampak isi dalam. Kalau tak mula kata geli.. datang sekali umah aku terus tak nak datang. hahaa
5. Tak nampak kucing kita tengah berak. yelah kucing pun tahu malu nak berak oooi tak macam manusia selamberk derk je berak tepi jalan kahkah. kucing ni kalau berak, kita kacau terus terbantut kekeh..
dan banyak lagi sebablah. boleh fikir sendirikan. moga-moga satu hari nanti aku dapat beli benda ni.. kahkah.. kene beli ni.. kene beli.. laki aku yang beria2 nak beli. haritu dah nak beli dah, tapi mesin basuh rosak pulak dah kene RM150.. signal kereta aku pun rosak kene RM70. Dah lari bajet aku.. sabarjelahhh.. hahaha akhir sekali aku nak letak gambar bebudak ni. mesti rindu kan hahaha:)

You Might Also Like

4 Komen