Anak Bulu Jadi Manja Setelah Ditinggalkan

4:12 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Kesian anak buluku.. kene tinggal 3hari tongkang karam dibuatnya rumah mama. huwa.. sampai dari kampung terus mulakan kerja-kerja pembersihan sudahnya badan sakit-sakit hari ni. Siap pakej anak bulus kene mandi lagi. padan muka. Paling mengada sekali tentulah si Nicko. Nak kita belai-belai dia. Manja-manjakan dia. Tidur pun nak dengan kita. Masa ni dia lepak atas pale papa dia. tapi papa kejam, tengok mama dah lelap terus keluarkan anak-anak ke luar bilik. Memang kami tak tidur sama kucing ye. jangan salah paham. kehkeh.


Tidur mesti atas kepala papa. apetah perangai. tak sayang mama langsung. tu tangan papa. kehkeh. dia dah membuta dah. pagi-pagi pulak buka je pintu terus dia landing-landing atas katil. papa dia tengah mandi kalau papa dia nampak.. mati aku! hahaha


abaikan tilam aku. tiap kali bangun tidur, tiap kali tu tersingkap. laki aku memang tidur tarik segala macam yang dia boleh gulung2 baru puas katanya nak tidur. silap-silap aku bangun dah tak berselimut dah. dia dah rembat p gulung-gulung. Si nicko ni suka melepak tepi tv. 


Geram tengok bulu kat dada dia tu. rasa eksyen je dia haha. dia memang suka duduk dekat tv tu mungkin sebab panas kot. kopi pulak pagi-pagi dah termenung macam ada masaalah besar je hahaha. kesian aku tengok kopi ni. ulser dia tak baik-baik tapi dia sihat tak menelepek je.


kesian kopi masih tak berlaki. haha. tunggu nicko besar nanti nak suruh mereka kawen. tapi kopi ni bersifat kakak-kakak sikit dengan nicko dan nicky. haha macam mana nak kawen dengan nicko. pening aku fikir. kehkeh.

Nicki pulak bermasalah dengan bulu dia yang terlalu panjang dan berak sembelet tak reti cebok plus timbus tahi. geram betul.

Kalau nicky busuk je, papa jerit 1 umah suruh bersihkan. sian nicky..ceritanya semalam anak bulu semua jadi manja. mama yang penat. lain kali jangan tinggal kalau balik kampung. rela bawa dari tinggal sebab depa semua ni pengeli. dekat bekas tahi kalau kotor je tak nak berak terus berak tepi2 tu. fahamlah kalau dah tinggal 3 hari, 1 rumah kene cuci semalam. letih oooo..


You Might Also Like

5 Komen