Hoyeh! Rambut i Dah Pendek

8:48 PG

Assalammualaikum W.B.T
Semalam aku pergi Bandar Baru Bangi. Konon nak pergi kedai baju My Jan tu.. pergi tapi baju yang dicari tak jumpe. so lepas tu, alang-alang dah lalu jalan tu, terus singgah Cool Zone Hair Saloon. Ni kali kedua aku pergi situ sebab sebelum ni en suami ada gak cut & wash rambut dia kat situ. Laki aku tu memang jenis suka potong rambut kat saloon. dia paling marah kalau guting rambut kat kedai mamak gunting rambut dengan lampu pusing-pusing tu. Suruh lain potong lain.
Alang-alang dah lalu, terus singgah sebab laki aku kata nak potong dan cuci rambut dia, lagipu kelimumur dia dah banyak. Aku nak cucikan kat umah tak nak dia. So pergi la juga. Alang-alang dah pergi, aku mintak kebenaran kat laki aku nak potong dan cuci rambut gak. Dia bagi.
Aku nak potong rambut ala-ala pengkid. Siap sesel tepi. Siap cukur la tepi telinga tu. Tapi.. laki aku tak bagi.Ceh! itu untung sebab ikut hati aku nak botakkan je kepala aku sebab kepala dah tahap gatal gila babiessssslah. Dan dah lama juga aku tak pergi mencuci. Last masa aku potong rambut haritu.
Aku nak rambut macam ni lah. lawakan!
nampak telinga.
Sebab aku geram kehendak aku nak potong ala-ala pengkid tak tercapai, nak degil2 dosa laki tak bagi kehkeh, aku cakap kat amoi tu, nak potong pendek tapi belakang tak nak pendek. Amoi tu tanya, Pendek Girl ke? Ha aku pun cakap buatjelah apa-apa janji pendek kehkeh.
Sudahnye, dia buat rambut aku tu masih tutup telinga la. Kuhkuh.. laki aku suka sebab dia kata lawa. aku lak kata, nak pengkid laaaaaaaaaaaa. Dia marahlah sebab dia tak suka perempuan rambut pendek sebenarnya kahkah. ni dia bagi aku potong pon pasal aku membebel kepala sakit.
rambut aku jadi macam ni lah kot.
tapi takde la kaler sama hahaha.
mampos la nak kasi warna2 rambut ni.
Amoi kedai tu aku suka sebab dia jenis sambil potong sambil bercerita, sambil ajar kita jaga rambut. Sesetengah kedai, dia cerita suruh beli produk dia, tapi amoi ni tak. Tapi laki aku suka produk kat kedai dia tu. Nak beli katanya nanti. Laki aku pun suka buat rambut kat kedai tu. Apa style yang dia nak semua jadi je bila mintak dan siap bagitahu macam mana nak buat rambut style itu ini. Siap ajarlah kiranya. Laki aku pulak tengah demam rambut ala-ala korea.
Nanti aku nak curi minyak rambut laki aku yang mahal tu.. nak try pakai buat rambut ala2 korea jugalah. hahahaha. nak tengok sapa paling hensem!. kahkah.

You Might Also Like

4 Komen