Kek 3 Tingkat Ohoi. Sedap

4:47 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Petang-petang macam ni kalau cerita pasal makanan memang syok kan. so aku nak cerita pasal kek yang aku beli untuk kerja kawen abg aku haritu.. haritu masa aku kawen dia dah sponsor. so dia kawen aku sponsor laks. aku sebenarnya nak cerita pasal kedai kek tu. bukan apa. kek dia sedap bebeno. ni kek yang aku beli haritu untuk abg aku.



Kek ni mungkin tak cantik. old school. bukan icing keras-keras tapi rasa dia superp. percaya tak 3 tingkat dengan keseluruhan berat 4 1/2kg ni habis haritu juga. selesai masa tu juga siap anak sedara aku merajuk kerana mak dia makan tak henggat dia hahaha. sumpah sedap ualls. harga dia RM188. Ramai orang puji sedapnye kek secret recepi ni. ohh.. mana datang secret recepi dalam kek ni hahaha. apapun aku nak kongsi kedai kek yang menjadi kegemaran aku sekeluarga sekarang. nin dia..



Kedai dia yang bawah tu. hahaha. apa punye gambarlah.. Tapi takpe gambar tu semua termasuk dengan kedai makan dia. Kedai keknya pulak ialah Kedai Kek & Roti Bread 9's terletak dia Jalan Rugayah Batu Pahat, Johor. Kalau orang batu pahat mesti tahu deret-deret dengan Bank Simpanan Nasional. More Info - www.kekemas.com


Nilah yang terjadi pada kupu-kupu dan kek tersebut. Langsam. aku sempat rasa secoet je. sedap bebeno sampai berebut sana sini. kesian anak saudara aku kene marah dengan makcik rewang sebab makcik tu kata si aina ni tak nak bagi kat mereka..bagi kat orang rewang lelaki je. Ha, memang dalam kuaga aku kalau kek-kek ni potong-potong terus bagi kat orang rewang iaitu orang yang bersusah payah berpenat lelah dalam majlis kawen ni ye tak. Niat hati aku nak curi tingkat paling beso nak simpan masuk aisebox tak dapat kerana kantoi kat situ juga hahaha. apepun memang berpuas hati dengan kek ni. kalau ada nak kawen, nak tunang, birthday nak gedik-gedik beli kek pun, cuba beli kat Kedai Kek & Roti Bread 9's ni ye.. bagi aku, kek dekat Kedai Kek & Roti Bread 9's ni murah dan sedap lazat sehingga menjilat pisau potong kek. 


Bye-bye.

p.s: aku tak de idea nak updated blog.

You Might Also Like

3 Komen