Sambungan Alahai Kopi

8:36 PG

Assalammualaikum W.B.T
Ini adalah sambungan dari entri Alahai Kopi

Tengahari semalam beria aku balik nak pergi hanto kopi ni pergi ke klinik. tapi dia macam tak nak. asik lari sana lari sini. tension aku hahhaa. Kemudian pergi juga walaupun aku rasa badan dia dah tak panas macam pagi tadi. Sebab risau ku gagahi diri bawa juga budak kopi tu. Habis kereta aku penuh bulu dia. Haish! bila nak beli si carrier ni. sabaujelah aku..


membuta je kerja kopi kalau dia sakit erk
Bawa g klinik meow sana sini. Memang peel dia naik kereta je terus macam kucing gila. dia tak bape suka naik keta tak macam nicko dan nicky.. Huuu. kalau nicko dan nicky, diam je tau, tapi dalam sejarah ku bela nicko dan nicky memang susah nak dengan suara depa sampai aku fikir mereka bisu tapi tak, gomol budak berdua tu ganas-ganas, baru dengan suara comel depa.
Sambung pasal kopi. bila sampai klinik, nasib tak ada orang. aku dah bermandi dengan bulu kopi yang gugur tu. tu lah tak geti jaga bulu. asik curi makanan manusia je tu bulu gugur sokmo. bapak dia asik bagi makan ikan goreng je. geram betul.
Kemudian doktor periksa suhu. suhu cuma 28dc je. tak demam pun. cuma berat menurun 1 kg dari 2.7 ke 2.6. agaknye sebab tak makan sangat kot. sekali periksa mulut dia, ayoyoyoii. ada ulser mulut upanya anak aku ni. hahaha. mama kau sumpah tak sempat nak belek mulut kau kopi ooiuuu. tak perasaan pulak dalam mulut kau tu ha biarpun anak sedara haritu ada tegur cakap "kenapa mulut kopi busuk", sebab kopi ni gile pembersih. memang jarang ada bau busuk pada badan dia tau. hehe kesian kopi.

Dan doktor saranakan si kopi kene makan makanan lembek je. tapi si nicko dan nicky kasi perabis pulak makanan kopi. kesian lagi kat kopi haha. takpe t mama beli lain ye sayang :) kehkeh.






erk.. no komen

You Might Also Like

0 Komen