Selamat Tinggal Unit 8

9:15 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sejak dua menjak ni, unit aku kat opis ni dah berkubur dah sampai aku naik tak faham apakebenda yang belaku sekarang. Bos aku pesan, "Mas, sekarang kita bekerja berdua je. Orang lain semua dah tak de dah" Kesian aku tengok bos aku.. 

Oleh sebab kami kerja berdua je. ceh- ceh, aku tanya bos aku apa nak buat dengan White Board yang penuh nama pegawai unit lama tu. Dia kata letak nama dia sorang je. Aku apa lagi.. kasi licinlah dekat board tu. Geram bila aku suruh makcik cleaner bersihkan board tu dia tak mau. sudahnye aku kikis sendiri. hahaha. 

Sekarang ni la hasil dia:  


Siap gambar aku letak. gambar aku curi dekat sistem kat opis ni. CVO namanye.. sekarang aku letak ruangan khas seperti mahkamah, ceramah/kursus, lain-lain , cuti rehat dan cuti umum. hehehe aku asingkan supaya ruang yang bosa-bosa tu berseri sikit. nasib bos pandai je tulis sendiri dia nak pi mana tapi tulisan yang tak comel tu tulisan aku. tulisan dia satu je.. kalau aku lupa nak tulis, dia tulis sendiri. 

Kesian bos aku dapat PA pelupa. kadang-kadang aku lupa ambil paper dia, dia ambil sendiri hahahaha. kadang-kadang dia yang banyak ingatkan aku dari aku yang dok ingatkan dia hehehe. tunggujelah nasib aku nanti tang SKT..mau sikit markah aku sebab banyak potong tang lupa-lupa tu hahaha.



Saja aku pilih warna kaler purple. dulu aku letak gambo katon-katon masa ada unit bagi nampak cute tapi sekarang aku buat biasa je.. hahaha nasib bos tak tegur aku culik gambar dia kat mana

Kemudian dah alang-alang mengemas, aku kemas sekali patisyen aku yang glamor kat aras 13 ni.. glamor sebab aku jadi kaunter pertanyaan untuk sapa-sapa yang nak cari orang tak jumpa hahaha. aku kemas sikit-sikit je sebab aku rimas tengok meja aku serabut. hahahaha. ni le yang aku kemas walaupun macam tak nampak apa-apa perubahan pon. hahhaa


Kau tengok aku punye wallpaper hehe. mestilah aku letak gambar Nicko Chalow yang comel ni. geram aku dengan nicko ni, pukul 6 pagi je dia dah kejut aku bangun . Kalau aku tidur dalam bilik, dia dah jerit-jerit dari luar pintu. eh jauh merewang. dah kemas tapi nampak bersepah lagi kan hahaha. 


Sebenarnya aku menyampah tengok telefon aku tak leh tarik-tarik. aku lebih suka kalau telepon aku ni leh tariks berjiran dengan pc sebab masa kat johor aku dah terbiasa dengan keadaan macam tu. ni aku letak atas kotak azimat aku bagi tinggi senang orang nak tumpang telepon mendail. aku saja letak kotak azimat aku bawah tu sebab tiap kali orang datang asik tanya je dalam kotak tu ada apa. Dulu aku letak post-it, ubat stepler dan lain-lain.


ni bahagian belakang & tepi aku ni. aku letak semua alat tulis kat situ.. white board comel tu aku letak nama aku dan note kalau aku nak menghilangkan diri. kadang-kadang bos aku pun tulis kat situ kalau dia nak melesapkan diri dia juga seperti pergi meeting tak terjangka. he.. tapi kadang-kadang je nulisnye. hehehe.

itulah ceritanye pon. lari dari tajuk entry aku ni. Sedih pulak takde unit ni.. rasa terumbang ambing. tapi sapa kata aku tak de unit tak sibuk?? sekarang aku dok jaga pegawai BEKERJA DARI RUMAH tau.. termasuk bos aku tu ada 6 orang aku kene jaga. tapi 2 orang team leader (macam bos la) aku kene jaga. hehe.

You Might Also Like

3 Komen