Beraya Di Putrajaya

11:22 PG

Assalammualaikum W.B.T
  
Adohai silap besar kerja hari ni. SILAP.SILAP. ada pulak cafe tutup harini.sedeh! mana nak cari makan dikala KERETAKU ROSAK ni. sedeh.. ni nak cerita pasal beraya di putrajaya. Tahun ni mak aku datang sini untuk beraya disini. sebabnya adik aku nak fly balik sibu hari sabtu lepas. so mak aku cakap, alang-alang baik beraya sekali.
Mak aku nak hanto adik aku tu pergi LCCT uals. sanggup tu dari batu pahat ke LLCT. Turut sama-sama beraya di putrajaya ialah abang aku yang duduk kajang dan kakak yang duduk segamat.
Beraya kat putrajaya ni faham-faham jelah tahap keboringannya. tak de kemana pon selain bawa diorang ronda-ronda putrajaya ni. bukan ada apa-apa pun kat putrajaya ni kan hahaha. Kakak aku pulak balik awal sikit, hari raya tu depa balik dah.
Jangan cakap beraya kat sini tak de ketupat, rendang. Ada..itu semua import dari kajang. Abang aku kebetulan meniaga makanan raya so mak oder lebih sikit. hahaha. tapi tak bestlah dekat putrajaya ni, tak de orang bagi daging macam dekat kampung. rugi-rugi. hehhee.
Meh la layan gambar-gambar yang ada, nak cerita panjang perut sakit pulak. maklumlah senggugut. hahaha.
Dari kiri : En Suami, Kak Ita, Mak, Abg Yan, Aku, Abang Aun
Bawah : Mahir, Aina, Aiman & Maziz
Kau tengok gambar diatas. itu cuma celah gigi je keluarga aku.. belum lagi yang lain-lain. bab badan besar tu USAH DIRAGUI ye. baka kitaorang memang bosa hahaha.
Gambar ni aku paling suka kot hahahaha.. ceria je rasa..

gambar ni dekat empangan presint 5. saja ajak depa lepak situ sebab depa sibuk nak tengok empangan katanya hahaha. dulu tempat ni favorite aku dan yan. Dan kat bawah ni kerja anak saudara aku. heh!


??



pastu kitaorang pergi kat jambatan pulak. aku takde masa nak turun. letih. bebudak ni turun jalan-jalan bawah jambatan tu. heh!



apa motif diorang aku pon tak tahu hahahaa. ada banyak lagi gambar depa malas nak letak. kemudian pergi ke tasek putrajaya. takde lah apa aktiviti pon kat situ. banyak kerengga. i dont like tapi sempat snap pic abg aku ni. siap pesan suruh print lawa-lawa. entah-entah nak bagi awek la tu..


sejak ada awek ni 24jam sms. haha dia ni pemalu. aku tak rasa sebelum ni dia ada makwe. sumpah pemalu dia ni. tapi dia serba boleh. sapa yang kawen dengan dia bertuah beb. dengan tangan dia, dia buat sate, buat rumah. apa-apa kat umah mak aku tu semua dia buat. lepas tu malam tu diorang pergi ke ICITY. aku tak ikut sebab kereta rosak kan. ada 1 keta je tak muat. mak aku pon tak pergi sebab penat. so ada la beberapa keping gambo depa tangkap.


jeles aku sebab aku tak pernah jejak lagi.


esoknya (sabtu) tak ada kemana-mana selain dari hanto budak gemuk ni ke LCCT sebab dia nak balik ke SIBU.. layan je hehehe.



sekian lah kisah raya di putrajaya hahaha.






You Might Also Like

2 Komen