Happy Birthday My Hubby Chubby Tami.
10:33 PG
Assalammualaikum W.B.T
Hari
ni bufday en suami aku.. Tami..tami.. dah tua dah dia ngehngeh.. yang
ke 26tahun. Bila aku tanya berapa umur dia, dia kata 21..
mentang-mentang bini jenis lupa angka. hahaha..
letih cari gambar dia yang molek
takde juga. haha
malam tadi kitaorang
sambut simple je. g kedai makan order Nasi puteh, sayur kailan ikan
masin, sup tulang, ayam goreng kunyit sambal belacan dan air.. bantai
makan sampai kenyang. baru RM22. Kitaorang makan kat kedai biasa je
sebab suami aku ni jiwa makan dia jiwa melayu sikit. Nama kedai tu Sri
Pulau. Lokasi : Dengkil. Gambar tak ambil sebab dia malu.
Memula
nak g steambort. tapi tami balik lambat sangat hahaha. so dah tutup
kedai tu. Lepas tu aku bagi dia kad dan hadiah bantal busuk. Malam tu
tangan sebelah peluk aku sebelah peluk bantal busuk hahaha. Sebenarnya
aku plan dah nak bagi dia hadiah haritu lagi.
Dia
ni jenis susah nak beli barang. Belek satu-satu. Dia nak jam GSHOCK.
tapi madang tak minat. ada jumpe minat tapi made from china terus tak
nak. Nak juga from japan. paling busuk from thailand kata dia. So dalam
proses pencarian tu, aku ni berkenan itu ini. sudahnye duit hadiah dia
tu aku beli handbag la, seluar la, baju la.. masam mencuka laki aku
haha.
Tapi aku dah janji nak belikan tapi sila tunggu bonus la. haha kejam kan??. Apapun aku harap, peningkatan umur ini memberikan lebih banyak rezeki, kesihatan yang baik, kebahagian dalam rumah tangga kami dan peningkatan dalam kehidupan kami hendaknye. hahaha.
p/s: makcik aku terkejut aku panggil laki aku tami...SUAMI.. entah rasa best je nama tu.. tami..tami.. hahahaha i like!! suami panggil aku TAYANG.. kau hado???
5 Komen