Alahai Kopi

8:18 PG

Assalammualaikum W.B.T
Lama siot tak updated, ni gara-gara balik kampung haritu. Ni memening fikir pasal kopi. Ceritanya, mak aku nak mintak kopi tu dari aku. so aku on je.. ambil lah mak sebab kesian tengok orang tua tu. kucing dia madang je hilang. nama pun kucing jantan. Kopi pulak comel. alim-alim kucing gitu.
Lepas aku cakap nak tinggal, masa nak balik tu, dah siap-siap letak nicko dan nicky dalam kandang, biarkan kopi lepas cam tu sebab nak tinggalkan? tapi sayang, kopi duduk termenung depan pintu bilik air mata dah bergenang. Aduhai. dia tak nak kene tinggal. kesian betul.
Lepas tu bawa balik juga.. sebelum balik kami ramai-ramai pergi makan asam pedas. kopi, nicko dan nicky dalam kereta. Mak naik sekali kereta aku. si kopi la bising2. lepas tu mak aku cakap, kalau kopi bising nanti tinggal umah atok. Terus senyap budak kopi sampailah ke putrajaya.
Semalam badan dia dah start panas. Kerjanya membuta je. Aku rasa kompom dia demam. Alahai kopi. Merajuk terus demam. Tu aku selalu cakap kat laki aku, kopi ni sensitif sikit. Kalau kita cakap, dia macam faham. Depan dia jangan cakap buruk-buruk pasal dia.
gambar semalam. dia asik tidur je
Kalau kita puji dia, muka comel dia buat. Tapi kalau kutuk dia, terus buat muka dan mata sedih silap hari bulan meleleh air mata dia. Alahai kopi

You Might Also Like

2 Komen