Aku Dan 7E

11:05 PG

Assalammualaikum W.B.T

Tetiba aku nampak gambar kawan aku dah jadi manager 7E kat facebook. Mula la aku teringat sejarah aku kerja kat 7E dulu. Sejarah hitam. Cit poraahh  cukup aku kerja kat situ sebulan. Sampai sekarang aku benci masuk 7E.

Cerita dia bermula bila aku kerja dengan baik dekat 7E tu. biasalah budak baru kerja. Kena mop lantai. kene lap almari. Paling menyampah kene pegang ARAK!!! Kene susun angkat barang tu biasa. Aku kene buat semua tu baru diberi kepercayaan untuk jaga kaunter.

Aku start ada sejarah hitam bila aku jaga Kaunter. Sedih jaga kaunter ni. Budak ambil barang lari, aku kene bayar, dah key in budak tak ada duit nak bayar, aku kene bayar. dia dah pegang barang. suruh lepas tak mau. bila dia lari, nak tak nak aku kene bayar. kau faham tak?

Paling menyampah bila kita dah scan barang, terscan dua kali tak geti nak delete. Masa aku kerja 7e tu, 7e tu baru sangat buka. Cuma ada seorang manager yang gila tu. Ada pembantu dia tapi jarang datang. Manager tu mangkuk sikit. dia tak nak ajar-ajar sangat berbanding pembantu tu. 

Kebanyakkan yang kerja dekat 7e tu semua orang baru yang tak berpengalaman termasuk aku. Jenis orang lama ajar kita ikut. orang lama tu pon lama cuma 1 minggu dari kita aduhainye pon.. Satu yang aku menyampah nak hadap ialah si manager tu.

Untuk orang baru macam kami ni, memang slow-slow nak belajar semua sistem dekat 7e tu. aku dah lupa dah, drop moneylah, macam mana nai void la. macam-macam. Si manager ni sentiasa ada je dekat 7e tu tapi jenis tak membantu. apa-apa masalah suka menuduh melulu.

Aku teringat ada satu kes rompakan yang menyebabkan kehilangan rokok yang banyak. Bukan salah budak tu sebab dia kene jaga waktu malam bersendirian. Tapi dia tetap dipersalahkan dan kene bayar balik jumlah yang hilang. tolak gaji uals. bila ajak report polis manager tu tak nak. kesian budak tu. dia kata aku redha jelah kene tolak gaji. hensem budak tu.
Pulak tu, kalau kita salah key in macam aku cerita tadilah. kita kene bayar balik kan. aku ok je kalau memang salah aku. tapi tak kan dia tak leh nak siasat ke apa. Satu haritu dia cakap gan aku yang berlaku kes kecurian duit dimana mesin dan hasil masa aku jaga tu tak sama.. dia tak cakap nama aku tapi dia cakap ni ID09 ni mencuri. duit tak sama akak dah kira dah. akak nak report polis. ID09 tu aku kot. aku cakap dengan dia aku tak mencuri. aku bukan jenis orang mencuri. Aku lagi kene kuar duit bila bebudak ambil tak bayar lagipulak nak kata aku curi. terus tak nak siasat dan panggil polis.
Sakit betul hati aku. memang sakit. aku tanya budak-budak lain, semua kene macam itu. diugut polis. kemudian gaji kene tolak. mereka pun redha kalau gaji kene tolak tapi mintak siasat dulu sebelum tuduhan melulu. kene tuduh mencuri ooo. bukan benda kecil. budak tu lagi teruk kene. dia dah la jeni muka pecah reban.. so akak tu selamber la tuduh dia ni macam-macam. 
akak tu cakap, kalau tak de yang rakemen, tak hingin dia nak bagi kerja kat budak tu. kesian aku tengok budak tu. aku memang tak tahan kerja situ, hari-hari gaji kene tolak. bila ajak kira balik, ajak check balik tak nak. aku memang geram betul. ada satu hari tu aku bagi notis seminggu untuk berhenti. Baik kan aku bagi notis. budak lain dapat gaji je cabut.
Tapi sebab tak tahan, aku cabut juga. aku cabut sebab aku geram dengan akak tu. dia paksa aku kerja lebih dari tarikh sepatutnya aku kene kerja dan tak nak bayar. cilaka sangat cilaka. Gaji 750 yang dijanjikan hampeh. aku dapat 500 je.. itupun mangkuk tu mintak baju uniform sampai call semua ahli keluarga aku. sampai serang abang aku. mampos kau lahhh..
tapi sebulan lepas tu aku datang pulang balik baju tu tapi aku memang letak kat kuanter dan blah. cukuplah aku dengan sejarah 7e ni sekali. korang kalau baca cakap aku salah aku tak kisah tapi bagi aku kalau aku salah sekalipun, jangan tuduh melulu. silalah periksa dulu. walaupun aku kerja jadi kuli je, tapi aku ada maruah dan harga diri. 
Duit 500 aku dapat tu, aku cabut naik bas pergi stesen kereta api kajang. aku tunggu pakwe aku (masa tu laki aku la pakwe aku. datang dengan cap dan rambut panjang paras bahu, hensem ooii) kitaorang pergi seremban. pergi karaoke.. pergi jalan-jalan. dating kali kedua aku dan dia lepas 5 bulan bercinta. lepas tu aku balik kampung,
Kat kampung aku kerja makan tidur makan tidur sampai aku dapat panggilan SPA ni ha... cukup lah sejarah aku dan 7e. benci aku benci.. semua ni terjadi masa aku kerja kat salah sebuah 7e di kajang. aku malas nak cerita store yang mana. biarlah rahsia. cewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

You Might Also Like

5 Komen