Kuih Lapiss Oh Kuih Lapis

10:27 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Niat dihati nak makan kuih lapis terlaksana hua..Aku berjaya buat kuih lapis sendiri. Rasa tiptop walau rupa tak semenggah uals.. Rupa dia jadi tak hensem gini sebab panas-panas aku dah potong. tak sabar nak masuk mulut. Dulu mak aku akan biarkan sampai sejuk baru cun nak potong. aku tak dulik..aku tak dulik!! sememeh pun sememehlah............

Aku menghadapi masalah sebenarnya nak buat kuih lapis ni dimana aku tak de loyang. Aku cuma ada kukus Tuppaware hadiah kawen aku. apa lagi aku alas dengan aluminium foil tu, aku letak je dalam tu. hahahhaa.. Janji jadi.. selesai dalam perut aku yang super comel ni..

Nah kat bawah ni aku kongsi resepi simple dari aku. Resepi ni aku main bantai sesuai dengan mak aku punye resepi. dia bagi resepi macam nak suruh aku meniaga kuih lapis so aku sesuaikan dengan  kondisi loyang aku hahaha. Ni yang untuk loyang kecik tau.. kalau nak besar, lain punye..macam mak aku ajo untuk berniaga tu hehe

Bahan-Bahan

1 Cawan tepung beras
1/2 Cawan  tepung gandum
1 Cawan gula
1 sudu Minyak
1 Kotak Santan
1 sudu garam
2 Cawan air.
1 Sudu Koko

Cara-cara

Memula ambil blander. masukkan semua bahan kecuali koko ye.. blander sesuka hati sampai dia dah rata.. bahagikan dua. Lepastu, yang satu bahagian tu blanderkan dengan serbuk koko tadi. asingkan..Setiap adunan yang telah diasingkan tambahkan lagi 1/2 cawan air. Kacau sambil senyum ye.. Ingat masak bila senyum tu penambah perasa. Jangan lupa tambahkan kasih sayang sekali.. 

Sapu loyang dengan minyak dan mulakan misi letak adunan selapis-selapis. Setiap lapisan tunggu 15minit baru letak lapisan baru. Selang selikan adunan koko dan putih.. tak nak guna koko, guna sirap je.. klasik ualsss..

Ingat, lapisan akhir kasi lama sikit ye.. 

Makan! am am..sedapnye... lepas ni jual kuih lapis pulak la. hahaha kuih...kuih...

You Might Also Like

5 Komen