Sony Malaysia Call Aku

8:49 PTG

Assalammualaikum.W.B.T


Tadi Sony Malaysia call aku. bukan sebab aku menang anugerah ke apa haha tapi pasal pertanyaan aku mengenai laptop aku yang dah 2 kali buat hal. Haritu screen rosak.. Keluar warna hitam setompok, pergi ke Sony Centre The Curve. Tak sampai 3 hari diorang tukar screen lain tanpa banyak cerita.



Pengajaran : Lawa tak bermakna power!!


Bila aku tanya apa masalahnye, orang kat kaunter sony tu cakap, mereka tak mention apa-apa..masih dalam waranty so mereka tukar je... Tapi kali ni sound speaker aku buat hal. Tak boleh nak buka apa-apa audio kecuali mute atau pakai earphone itu pun nasib-nasib jelah kalau bunyi dia tak berdesing.

Berdesing telinga oi.. stress. aku tak terus pergi ke sony center sebab aku takut kene cas. aku kan kedekut haha. so aku pergi laman web sony malaysia dan buat pertanyaan kat sana. kemudian mereka pun call tanya apa masalah..Dengan senangnye, dia cakap hantar je ke Sony Centre dan diorang akan tukarkan/baiki free selagi dalam waranty.. Nasib aku tak terus pergi kedai komputer kasi betul hahaha.. 

Aku malas betul nak pergi sony center tu.. Bukan dekat.. Haha.. ada kat KLCC tapi aku lebih suka pergi dekat The Curve je kot. Insya-Allah nanti aku ajak laki aku pergi sana. Buat masa ni berpuasa lah tengok maduu ke youtube ke.. 


You Might Also Like

1 Komen