Monday Blues & Kisah UPSR
9:23 PG
Assalammualaikum W.B.T
Tenyeh-tenyeh
mata.. tutup mulut menguap.. adoi mengantuknye.. rasa tak puas bercuti 9
hari. rasa nak lagi..nak lagi. huwaaaaaa.. cuti ada lagi 10 hari tapi
en suami pesan jangan habiskan. Lagipun tahun ni aku dah plan nak simpan
GCR. Aku akan kerja lagi 34 tahun iaitu akan pencen pada tahun 2046. so
aku akan simpan satu tahun 4 hari untuk aku cukupkan 120 hari selama
30tahun. Hahaha.. so anggap je cuti aku tinggal lagi 6 hari so aku nak
simpanlah untuk tahun depan. hehhee.
Bercakap
pasal cuti yang 9 haritu aku rasa memang tak cukup. Aku rasa nak je
cuti banyak lagi. tapi sayang cuti pulak.. Hari ni aku g kerja macam
biasa en bos tak masuk. Aku tanya juga dekat akak opis aku ni, depa kata
tak nampak pulak bos aku masuk time aku takde ni. Mungkin bos aku tak
naik aras 13 kot.
Bos
aku ni bekerja dari rumah. Sukati dia je nak masuk ke tak. tapi
kebiasaanye dia akan masuk dalam pukul 10 ke atas.. Balik pulak biasanya
pukul 10 keatas juga hahaha.
Hari
ni anak saudara aku si Aiman & Maziz akan mengambil keputusan
UPSRnye.. harap-harap mereka beroleh keputusan yang membanggakan ibu
bapa. Alah kalau tak dapat 5A pun tak apa janji korang dah buat yang
terbaik. Itu konsep aku sebab aku dulu pun dapat 3A je. 2C. Bukan tak
pandai tapi sampai tahap tu je kot. Masa UPSR dulu aku dah buat yang
terbaik dah tapi apakan daya, masa tu subjek Bahasa Inggeris & Sains
sangat menguji minda aku ni..
tak pernah lupa target 5A
walaupun cuma mimpi
time dulu-dulu sapa dapat 5A untunglah!!
GANJARAN DUIT MENANTI ANDA
Time
belajar aku rasa ok je..dah pandai dah tapi time periksa, entah apa aku
mengarut terus dapat C hahaha..Beruntung budak sekarang belajar
macam-macam cara ada.. Mak pak siap hantar pergi tuisyen. Kalau aku, mau
aku dah lari laju-laju tak nak pergi tuisyen. Masa zaman aku, sapa yang
pergi tuisyen tu anak orang kaya kecuali tuisyen yang cikgu buat dekat
sekolah.
Beruntung
juga diorang ni, soalan latihan boleh google je.. Masa aku dulu, cikgu
beli buku latihan LANJUT (nama buku tu), cikgu potostet atau gelek dekat
bilik pencetakan dan bagi kami buat latihan. Kadang-kadang cikgu baca je kami tulis. Dulu kami tak ada astro.. Dapat tengok Sailormoon dan Dragon Ball setiap pagi sabtu dah cukup beruntung. Diaorang siap ada rancangan khas je (walaupun diorang banyak tengok CERIA). Untung-untung.
Budak sekarang lagi untung. belum pun keputusan keluar, mak ayah dah ready pulus untuk beli hadiah sempena anak dapat A walaupun satu. Beruntung uals.. gunakan peluang ini sebaiknye. Mintak benda yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa akan datang..time Masa aku dulu, dapat peluk cium atau tahniah dari mulut mak bapak pun dah cukup rasa beruntungnya..
Lepas habis UPSR, aku rasa ramai yang gila-gila nak duduk asrama. Nak belajar jauh-jauh.. masa aku dulu, aku tak berkeyakinan nak duduk asrama. Sebab asrama kene basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri kan.. tapi kat umah pon sama. Mak aku dah latih aku dari kecik, SABTU AHAD HARI TAK SEKOLAH hari aku menjadi suri rumah. Basuh bju. sidai baju, masak, angkat kain, lipat kain, sapu sampah semualah sebab mak aku sibuk meniaga. CUMA, aku tak berapa bersedia untuk berpisah dengan mak aku waktu itu walaupun hati aku ni hati keras.
Bagi aku, tingkatan satu bukan waktu sesuai untuk diri aku berpisah dengan mak bapak dan keluarga plus, dalam keluarga aku belum pernah ada yang masuk asrama, sekolah jauh-jauh dari mak ayah. Kalau ada pun sebab mereka dapat sekolah teknik selepas PMR. Lagi satu...aku selalu dengar kat ASRAMA ada hantu.. ish takutlah! hahahaha
Untuk adik-adik yang bakal mendapat keputusan UPSR hari ini, jangan terlalu ghairah untuk masuk asrama gedik-gedik kecualilah kalau korang ditawarkan dan mak ayah bagi. Sebab, aku takut belum 1 minggu korang dah nak balik, satu kerja nak pindahkan korang. sian mak ayah. Ni pengalaman aku tengok kawan-kawan aku. Result 5A. tapi tak sampai seminggu dah duduk sebelah aku dekat sekolah harian biasa. haha.. Fikir dulu tahap ketahanan diri, tahap kegembengan dan hati tisu korang dulu. Kalau tak bersedia, baik duduk dengan mak ayah. Walaupun diorang membebel hari-hari tapi diorang dekat bersama kita:)
2 Komen