Kulit Crepe

8:42 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sedapkan crepe duyan. sekarang trend betul orang buat crepe ni. Aku pun salah seorang darinye. Aku ambil je resepi dari internet lepas tu aku balun buat sendiri. Aku ni pemalas jadi aku takde nak adun satu-satu bahan-bahan dia. masuk dalam blander terus bland je haha.




Gambar ehsan Cahaya Cintaku
Resepi Crepe Durian Cahaya Cintaku

Dua kali dah aku buat kulit dia tu walaupun aku tade duyan. Belum beli lagi. Ingat hari minggu ni baru nak beli. Sekarang aku belajo dulu macam mana nak buat kulit dia bagi pandai.


Gambar Masam Manis

Mujur ilmu yang kak myza bagi digunapakai sebaiknye. Malam tadi jadi melawa kulitnye, cuma aku rasa resepi yang dia bagi tu lagi elok kalau tambah garam sikit hahahaha. Sudahnye kulit crepe tersebut telah membaluti aiskrim dan licin dalam perut aku.

Laki aku tengok dari jauh je aku makan kulit tu dengan aiskrim Hehe dia pujuk sabtu ni boleh beli duyan. Hoyehh i like!



You Might Also Like

3 Komen