Sambungan Kisah Kereta Rosak

10:17 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sambungan cerita hari selasa --> Kereta Rosak

Semalam abang aku call bagitahu kereta dah siap. Tapi dia kata jangan terkejut sebab harga dah naik dari bajet 800++ kepada ................. RM1500.

Memang dah jatuh terduduk aku ni, tergolek, semalam tersembam dengar jumlah membaiki kereta sebegitu banyak dan lari bajet aku. Ini kerana kereta aku bukan TOP OVERHAULL..tapi dah OVERHAUL terus.

Geram betul aku dibuatnya. Sejak pakai kereta ni, walau baru 4 tahun, dah macam-macam ragam dia. geram aku dibuatnya. Dulu masih ingat lagi bila 4-4 tayar mengelembung sama-sama. Belum pun 2 tahun, kemudian clash haus..tukar mangkuk clash lagi.

Itu belum masalah dalaman lain yang aku dah tukar banyak kali. tukar dengan proton pon hado.nasib free.. Sampai sekarang pulak lampu SportLight aku asik masuk air je. terbakar, tukar dah berpuluh kali aku rasa. Belum lagi lampu signal tak hidup langsung dan sensor undur terus mampos.

Aku ada bawa pergi bengkel, orang bengkel kata cuma boleh betulkan kat proton je. kecualilah kalau aku nak tukar lain. Sabarjelah aku. Sabar.. Orang tanya aku maintain tak tukar minyak hitam, maintain je tapi kalau dah nak jadi, jadi juga. jadi pulak time aku nak balik kampung dengan harapan nak tukarlah minyak hitam kat kampung sebab masa balik tu isninnye t gaji. argh tension betul aku fikir.

Nasiblah kereta aku ni gebu macam aku, tu buat aku sayang, kalau tak aku dah jual. geram betul. lepas ni kene jaga gila vavilah kereta aku ni sebab abang aku dah pesan, "kereta ko ni manja.. Tak macam kereta proton keluaran terdahulu. Kalau rosak sikit pon, sparepart mahal so jaga baik-baik."

Takpelah dugaan ujung tahun ni. aku terima dengan redha walau hati banyak tension dan stress. Nasib kau cantik macam aku biyu.. nasib... srottt.sroot. lepas ni jangan buat i bermuram durga biyu. i tahu i dah janji dengan u nak tukar sportrimlah, nak kaler baru lah, tapi i belum buat.. hoho!. 

 

Miss u sayang.. :(

You Might Also Like

0 Komen