Bawa Bekal

8:28 PG

Assalammualaikum W.B.T

Sekarang setiap pagi aku dok menyediakan bekal untuk laki aku yang comel tu. Haha.. happy pulak rasa. Tak penat pun sebab lauk aku dah siap masak untuk lauk makan malam. So aku ketepikan awal-awal bahagian yang aku nak bekalkan laki aku esok pagi. So tak disentuh takut basikan.

Pagi-pagi aku bagun tidur tinggal panaskan aje. Laki aku ni ikut mood dia juga bawa bekal ni. Ada masa nak bekal, ada masa bila dah siap tapaukan, dia tak bawa pun.. Tapi selalunye dia akan bawa sebab boleh jimat. Makanan dekat tempat kerja dia orang cina punye kedai so dia kata tekak dia kembang nak makan situ. Kalau tak bawa bekal, dia kene kuar dari kawasan kilang dia yang agak jauh tu.. Nak masuk kilang je dah 2km. bukan boleh jalan kaki.

Pernah sekali tu laki aku pesan suruh isi lauk dan nasi banyak-banyak sebab kawan dia nak tumpang makan. So mereka akan makan bekal tu sama-sama dekat dalam cabin. Kadang-kadang aku rasa macam zaman sekolah pulak sedangkan aku dah bekerja ni pun takde kongsi bekal hahaha.

Cerita pasal zaman sekolah aku, hari-hari bawa bekal. Dulu masa aku darjah satu-tiga, mak aku meniaga kedai makan dekat Kg Sg Lurus..Senggarang. Restoren Kembara nama dia.. So setiap pagi mak aku akan bekalkan aku nasi goreng yang pelbagai. Nasi goreng mak aku memang sedap. Haha puji pulak. Masa aku darjah 3, adik aku darjah 1. Sibuk je dia ni. So aku kene pantau adik aku yang comel gile (time tulah). Dia tak pandai nak beli makanan kat kantin kan lagipun mak aku dah tapaukan bekal.

Time tu mak bagi juga duit sorang 50sen biasanya duit tu habis dekat koperasi je. Bekal yang mak aku sediakan tu, mak aku bungkus sorang satu dalam kertas surat khabar beralaskan plastik dan diikat getah. Pulak tu, bekal tu punyelah banyak kau tahu!! Satu bekal tu boleh makan 3 orang. Gile tak banyak.  Konsepnye, mak aku takut tak cukup dan mak aku suruh ajak kawan-kawan makan sekali.

So, aku ada sorang kawan baik. Aku lupa nama dia sebab aku memang susah nak ingat nama orang. Dia pun ada adik perempuan darjah 1.. Kira adik aku sebayalah dengan adik dia. Tiap kali rehat kami ambil adik masing-masing dan bawa dia pergi port baik punye. Berhampiran padang, dengan bekalan air masak sekali, bawah pokok ceri yang kemerah-merahan dan angin sepui bahasa punye, kami makan berempat dekat situ.

Kebiasaan bekalan yang mak aku sediakan tu habis cuma nak menghabiskan jenuh bukan main. Mak aku pulak dah biasakan sebelum pergi sekolah kene sarapan berat. Kadang-kadang nasi goreng yang sama dengan bekal. Kadang-kadang mak masak nasi lemak. Gila tak??

Bila aku darjah 4 sampai tingkatan 5, mak aku dah tak meniaga dekat restoren tu sebab mak aku jatuh bangkrap kerana buatan orang. Kami balik ke kampung. Masa tu mak aku buat kuih dan hantar ke kedai dan kantin sekolah. Mak aku juga buat mee dan nasi lemak. Masa tu, wajib sarapan pagi nasi lemak/mee hoon, bawa bekal nasi lemak! Haigoo. Kalau korang banyak soal kenapa aku gemuk, tu tandanya mak aku bagi aku makanan cukup! Sayang mak aku.

Tak cukup dengan bekal nasi/mee, mak aku tapaukan kuih. Kebiasaannye bapak aku yang sediakan kuih tu.. Tak sanggup tak bawa.. So ajak kawan makan sama-sama sampai satu masa, kantoi mak bapak aku buat kuih/nasi lemak. Dah semua budak-budak sekolah nak order sampai cikgu pun order sekali. Dari situ dapatlah tambah-tambah pendapatan mak aku. Hihi.. Aku pun suka sebab dapat belajar berniaga.

Itulah kisah bawa bekal yang aku nak kongsikan. Kami dulu orang susah. Tapi kami cukup makan hahahaha.


You Might Also Like

2 Komen