Cuti Minggu Depan

1:38 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Hoho lama tak updated blog. Blog aku dah macam diari aku dah. dah tak macam dulu aku pun malas nak bom kebabom macam dulu walaupun blog aku ni penah masuk majalah dan tv haha. Over pulak. Ni aku nak cerita plan aku nak bercuti ni. Dah lama aku ngecek dekat laki aku yang aku nak bercuti duduk umah jadi suri rumah tangga sepenuh masa membuta. haha. orang tak ada anak kan, membuta jelah kerjanya. 

Laki aku macam tak bagi aku nak mengabiskan sisa cuti aku berbaki 13 haritu. ala aku nak cuti 3 hari je pun tapi dia tak bagi. "Ayang jangan cuti nanti prestasi ayang buruk". itulah dia selalu cakap dekat aku. dia tak tahukah aku ni nak ketenangan yang abadi hahaa.

Takdelah aku rasa nak duduk umah diam-diam je. maleh nak p kerja. bukan apa. aku nak rehat je. aku rasa terlampau strees dan penat sekarang. Memula aku nak ajak laki aku balik terengganu tapi apakan daya, laki aku kerja tak leh cuti dah. cuti dia dah tak ada. Kalau boleh pinjamkan cuti, aku dah curi cuti bos aku sikit bagi kat laki aku hahaha. cuti bos aku ada 112 hari lagi. kau hado??

Aku tak pasti cuti aku ni lulus ke tak, jab lagi aku nak bagi borang cuti ni kat bos aku. harap-harap luluslah. KEBIASAANYE dia sokong je. takdehal. hoho. tapi la ni aku kan jaga banyak bos. takut juga kalau takde yang ganti tempat aku.Harap-harap lulus cuti aku. aku ada plan nak mengemas rumah.

Aku nak tukar susunatur rumah aku tu.. dari ke bilik sampai ke dapur. aku nak lipat baju yang sedia menggunung tu.. dan nak asingkan baju-baju yang dah mengecut untuk dibuat kain buruk. babai baju, u dah tak muat untuk dipakai oleh i. sapa suruh kecut2 padan muka.

Kemudian, cuti aku nanti bakal diisi dengan mengisi masa lapang bersama kucing-kucing aku. sian diakucing (ganti Diaorang) sebab tahu-tahu mama dia balik, bagi makan buang taik terus nampak mama dia membuta. tak ada nak main manjat-manjat ke, main nyorok-nyorok ke dengan diorang sempena cuti sekolah ni. (macam la kucing sekolah)

tibe-tibe nak tempek gambar kopi sedang menenenkan nicky.. hahaha comel pulak gambar ni walau tak ada kaitan dengan cerita. bye-bye.

You Might Also Like

0 Komen