Suri Rumah Sepenuh Masa

5:50 PTG

Assalammualaikum W.B.T


Adoihai syurganya jadi suri rumah sepenuh masa ni.. (sementara tak ada anak la ye hehe), bangun pagi lepas suami pergi kerja terus layan korea. sambil2 basuh baju.. Lepas tu kemas apa patut, sidah baju.. masak. tengahari duduk sorang dekat umah tak payah masak sangat, tunggu suami balik kang barulah masak. hehe Syurga betul. Tapi ini bukan selama-lamanya. Sebab ni sementara aku cuti je.. Kan aku dah bagitahu nak cuti seminggu haritu alang-alang cuti am 2 hari kan.. Syurga kau!!

Budak-budak kucing semua hari ni baik-baik belaka sebab aku pie mandikan dia. Sekarang undang-undang baru umah aku, seminggu sekali kucing aku kene mandi. Jangan nanti datang umah aku cakap kucing aku busuk memang aku sigih kepala masing-masing hehe. 

Petang-petang pulak aku layan cerita cina dekat tv2 lepas tu sambung pulak drama tv3.. Orang bangsa tak leh tidur siang macam aku ni memang tak untung sebenarnya tak kerja. Orang lain tidur bantai pukul 12 baru bangun tapi aku sekarang dah bangun awal. Lepas siapkan bekal laki aku pagi tadi, dia pergi kerja terus aku tak boleh tidur tau. 

Sekarang dekat astro cerita merepek2.. rugi betul aku rasa bayar bil astro RM101 ni sebab cerita dia semua berulang. Ni laki aku lah pasang nak tengok sukan. Ikut hati, ada happy tv tu dah ok dah.. Rugi betul pakai unifi untuk internet dan nafsu korea aku semata.

You Might Also Like

1 Komen