Mandi Woo..

4:27 PTG

Assalammualaikum W.B.T

Semalam sibiyu aku tu kembali ke gengaman. aceh ayat.. yelah dia dah balik dari cuti sakit lama bebeno. menyampah aku takde dia ni. susah nak jalan. hehehe. jadi hari ni aku kasi dia cantik sikit. bawa pergi car wash uals. kalau aku nak basuhnye tak de maknalah sebab aku ni cerewet dalam bab basuh kereta ni.

Aku rasa semua car wash yang aku jumpe belum boleh memenuhi kehendak aku. Basuh sempelet la, tak bersihlah. air masih menitislah.. huh!!.. aku ni suka kalau segala daki yang ada diperbersih betul-betul. bila aku bayar untuk vacum selalu sangat mereka (orang car wash) ni tak vacum bonet. pantang betul. Kemudian, dah namanya cuci luar dalam, aku nak orang car wash tu lap segala daki yang ada dekat dalam tu. Ni tak, tunggu suruh baru buat lepas tu charge lebih. menyampah betul.

Satu lagi peel aku, aku nak diorang basuh sekali alas kaki dalam kereta tu. Dulu aku suka pergi 1 car wash ni dekat Kajang Utama berdekatan dengan rumah abang aku. Car Wash tu kalau aku suruh buat apa pun dia buat. Kalau aku suruh dia cuci alas kaki kat dalam kereta tu, dia cuci bersih-bersih siap berus, lepas tu dia siap keringkan dan simpan dalam bonet. pesan dekat aku balik nanti sidai lepas tu, dah kering boleh pasang. siap alas surat khabar lagi. Takde charge tambahan. Aku like dengan uncle india tu, dia cuci tiptop! tapi pada suatu hari, ceh ayat tak leh blah, aku teman si bff aku Tuan Tanah Kedaung yang cuti kawen lama bebeno siap cuti whatsup dengan aku ni memang nak kene ni!sambung balik, aku teman dia cuci kat situ, ada bini uncle tu..menyibuk nak mampus. bila suruh buat tu buat ni semedang dia charge lebih-lebih.

Uncle tu pulak takut bini tak berani nak cakap, bini dia charge melampau. Sampai sekarang aku tak pergi lagi tau! geram aku. tapi nanti aku nak pergi lagi mana tahu bini dia dah tak menyebuk. hahaha. Ha cerita pasal budak biru tu mandi tadi, susah bebeno aku nak cari car wash. aku pun lupa jumaat tengahari, semua g semayang agaknye.

akhirnya dah gagah kesana kemari, aku pergi dengkil, dekat belakang mamak Hamid Maju tu ada car wash. aku suruhlah dia cuci, banyak pulak dia kutuk kereta aku dah lama tak cuci habuk banyak la apa lah. geram betul. 


Aku suruh dia cuci enjin kene RM20.Hoho

You Might Also Like

4 Komen