Ubat Kutu Anak-Anak Kucing

1:00 PTG



Geram aku geram, oleh sebab di Milo bawa pengaruh kutu, habis jangkit dekat si Puteh dan Kopi. Sudahnya 3-3 ada kutu. geram aku sebab kutu tu jenis terbang-terbang. Sop-sop sudahnya habis RM60 i sebab nak beli sorang satu ubat titis kutu tu. Nindia

Ni gambo google je.

Sudahnya semalam 3-3 pupel letak ubat titis ni. Sementara nak bagi kering. Kenelah kurung. 2 ekor pupel kurung iaitu si kopi dan milo. Puteh pulak pupel lepaskan sebab dia ni kuat merajuk. Kene kurung je terus jadi tak kawan dengan kita. Tapi semalam dia merajuk juga. Merayu-rayu suruh lepaskan kawan-kawan dia. Puteh ni rapat dengan kopi. Pantang kopi pupel peluk, dia pun nak peluk sama-sama. Kalau berak pun sama-sama. Makan minum jangan cakap tapi bila mandi semua lariks hahaha. So ini lah muka budak merayu-rayu tu.

Pupel tak buka pun kandang dia. Lepas balik kerja baru buka. Sebab tak tahan dengar dia "ERKKKKKKKKK..erkkkkkkkkkkkkk". putih ni tak pandai meow2 tau dia pandai buat bunyi "ERKKKKKKKKK..erkkkkkkkkkkkkk" je. Rasa nak lempang je hahahaha.

Harap-harap lepas ni bebudak ni takdelah kutu lagi. bukan apa pupel takut jangkit kat kepala pupel laki bini je. Sekarang anak-anak bulu dilarang keras masuk dalam bilik dan tak tidur sama pupel sejak ada kutu. Padan muka kau!!! Sapa suruh ternak kutu!!!



You Might Also Like

4 Komen