Dugaan.

8:07 PG

 

Pagi-pagi ni aku nak cerita pasal dugaan. Sangat-sangat terduga betul. Kisah ni berlaku hari sabtu haritu. Lepas je pupel balik dari show di Amcorp Mall, pupel terus ke Alamanda putrajaya sebab en suami nak pergi tengok 8 jam. Lepas tengok 8 jam, kami terus balik.

Ketika nak bayo parking, en suami tak cukup duit RM1 untuk bayar. dia ada RM10. kang bayar dengan duit tu mau bakinya duit syiling. Dekat Amcorp mall je dah RM5 syiling kami dapat so tak nak tambah-tambah lagi. Masa tu pupel nak buka beg duit pupel tapi tak boleh sebab zip dia dah rosak. Biasalah pakai beg cikai je memang gitulah jadinya. Masa tu pupel terniat dalam hati ada duit nak tukar sebab zip dah rosak dah. Lepas tu kami naik lif dan menuju ke kereta.

Kami balik rumah dengan tanpa apa-apa perasaan yang tak best sampailah tiba-tiba pupel teringat nak ambil Galaxy Note dalam beg duit tadi. Nak cas sebab beteri dah habis. Sekalitu pupel cari. TAKDE OK!!. TAKDE.. naik gila kami mencari malam tu belum lagi semalam. Sudahnya, tak tahu nak cakap apa. Macam meredhokan pun ada.

Semua duit pulak pupel dah kuarkan dari bank. Semua dalam tu. En suami pun biasalah duit mana geti nak letak dalam dompet atau tinggal sipis2 dalam bank. semua taruk situ sebab kami ada beli barang sikit masa pergi Amcorp mall tu. Sudahnya masing-masing ikat perut sebab takde duit :(

Paling tidak dapatku tahan kesedihan ni, Galaxy Note hilang. Ohhhh............................................

Telefon mak, mak cakap : Lain kali beli hp tu biar murah.. lagi derita aku rasa.
Suami cakap : redha yang..bukan rezeki ayang tu.

Sopsopsop.

You Might Also Like

5 Komen