Cerita Tentang Sebuah Surau Usang

9:20 PG

 

Tengah dok melantak nasi lemak plus ayam goreng tadi, tibe-tibe pupel teringat kisah Tentang Sebuah Surau Usang. Oleh yang demikian, pupel nak kongsikan kepada korang semua. Baca jangan tak baca.

Disebuah kampung, ada sebuah surau yang sangat usang. Surau tu dibina atas bantuan orang kampung. Orang kampung berpusu-pusu pergi surau itu sebab biarpun serba usang, surau itu tidak pernah lupa untuk diimarahkan dengan pelbagai aktiviti. Setiap waktu, orang kampung berjemaah bersama-sama biarpun mereka bekerja kerana ramai diantara orang kampung cuma kerja biasa. Penoreh getah, pesawah.. dan kerja-kerja kampung yang lain.

Setiap malam pula, ada ceramahnya, ada saja aktiviti untuk dipenuhi. Bahkan walaupun jam 3 pagi, surau itu masih lagi terang dengan cahaya neon.


Gambar Hiasan

Pada suatu hari..datang seorang orang bandar yang kuat agamanya pergi ke kampung tersebut untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Setibanya dia disitu adalah pada waktu zohor. Dia mencari surau atau masjid untuk menunaikan solat. Tapi bila ternampak surau usang itu, dia tidak mahu menunaikan solat disitu kerana baginya surau itu sangat uzur, usang dan tidak memiliki kemudahan seperti surau dibandar. Telekung yang disediakan buruk bahkan sejadah juga sudah luntur warnanya. Dia lantas bergegas ke kawasan yang agak bandar untuk mencari surau atau masjid yang lebih cantik.

Setibanya dibandar, dia menemui sebuah masjid yang sangat cantik dan tersergam indah. Kata hatinya menyatakan masjid itu sesuai untuk dia menunaikan solat. Setibanya di pintu hadapan masjid tersebut.. Dia kecewa kerana pintu masjid tersebut dimangga. Oleh kerana ingin juga menunaikan solat di masjid yang serba cantik itu, dia sanggup memanjat pintu pagar masjid dan mencari mana-mana pintu yang terbuka untuk dia masuk.


Gambar Hiasan

Dia berjaya menemui satu pintu yang tidak berkunci. Sungguh indah masjid itu pada pandangan matanya. Tapi sayang... tidak ada yang dapat dibanggakan jika cuma untuk tatapan mata.

Kesimpulan??
Jangan pandang pada rupa..pandang apa ada pada isinya. Amin

You Might Also Like

4 Komen