Mimpi Semalam

10:15 PG




Hari ni pupel nak cerita pasal mimpi pupel malam tadi. Pupel tak tahu kenapa pupel asik terfikir-fikir bila bangun tidur. Pupel akan ceritakan. Pupel mimpi pupel, mak, abang pergi ke satu perkampungan. Dalam mimpi tu tak pasti ada en suami atau tak. Masa pergi kesana kami menuruni satu tangga. Di tangga-tangga itu ada tulang temulang manusia. Mak pupel terpijak. Pupel suruh hati-hati. Lepas tu pupel perasan ada kenderaan bergelimpangan macam ada kemalangan.



Setibanya kami disitu, kami dibawa ke sebuah dewan dan disajikan masakan berupa daging yang dimasak kari dan ada yang goreng. Kami difahamkan daging tu adalah daging manusia yang telah dimasak kerana manusia itu merupakan pesalah. Tak pasti salah apa. Abang dan mak makan. pupel disuruh makan tapi pupel cuma jamah nasi sahaja. Dalam kepala pupel, makan daging manusia adalah salah. Dosa. Islam tak ajar kita makan daging manusia itu adalah halal. Pupel tak makan walau dipaksa.

Kemudian kami dibawa ke dalam satu rumah. Semua orang bertudung dan berbaju putih. Dalam rumah itu mereka bercerita tentang betapa sedapnya makan daging manusia. Tapi pupel tetap cakap makan daging manusia tu dosa. Islam tak ajar. Kemudian, pupel nampak satu istana menyerupai masjid. Terlalu keemasan. Dari istana tu ada satu cahaya. Cahaya itu akan suluh kepada orang yang tak ada dara. So siapa-siapa yang dah tak suci akan terkena pancaran itu. Pupel terkena tapi tak apalah sebab pupel dah berkahwin. Tapi  dalam mimpi tu pupel seboleh-boleh nak bawa mak, abang dan masa tu pupel perasan pupel bawa seorang anak saudara perempuan pupel, keluar dari perkampungan itu.

Bagi pupel semua orang dalam perkampungan tu serba sesat. Mengamalkan ajaran islam yang salah! Berdosa. Kemudian pupel terbangun dari tidur.Sampai sekarang pupel masih terfikir-fikir mengenai mimpi tu. Orang kata mimpi tu mainan tidur tapi bagi pupel, mimpi tu sangat dasyat untuk pupel. Sampai nak makan pun teringat daging manusia tu terus rasa nak muntah. Huwaaaaaaaaaaa.

You Might Also Like

2 Komen