Dah Jarang Updated Blog.

10:20 PG

 


Sekarang pupel jarang betul update blog. Bukan apa kadang-kadang tak tahu nak taip apa. Biasalah kita manusia biasa, kadang-kadang lari juga idea kita. Bukan selalu ada idea kan. Kalau jenis yang banyak even tu memang tak ada masalah sebab sentiasa ada cerita.

Dulu pupel penah try kongsikan cerita Artis, Berita Panas tapi ramai kawan-kawan tegur blog pupel dah macam majalah hiburan pulak. Sebenarnya bila kita main cerita artis atau panas ni, kita dapat kelebihan dari segi SEOnya. Tapi sebab ada yang komen pupel try kurang-kurangkan. Pupel nak apa yang pupel tulis dan kongsikan disini diterima dan disukai. Pupel terima apa-apa sahaja komen yang diberikan.

Sekarang pupel pun tak berapa rajin nak kejar even macam dulu. Pupel ni blogger biasa. Even yang pupel dapat majoritinya kerana pupel masuk contest dan menang. Pupel tak de orang dalam ke apa. Yang penting try. Bila ada masa dan en suami setuju, pupel akan pergi.

Pergi even ni best walaupun kita malu-malu. Pupel seret je en suami ke sana ke mari walau dia sangat pemalu. Tapi dalam keadaaan malu-malu tu pun, en suami suka sebab dapat jumpa ramai orang dan artis. Haha suami pupel sejak akhir2 ni asik nak jumpe retis je. Peel apa tak tahulah. Dia kata seronok sebab sebelum ni dia tak pernah jumpa atau bergambar.

Sekarang pupel juga jarang nak buat contest/ga lagi sebab bila buat, macam-macam masalah timbul. Kekangan masalah, masalah hadiah tak dituntut, hadiah tak diterima selepas pos. Macam-macam. Mana yang tak dapat hadiah selepas pupel pos dan tanya-tanya,insyaallah pupel ganti sebab pupel tak suka nak tipu-tipu. Kalau dah janji nak bagi akan bagi.

Sekarang pun terlalu banyak blog yang buat contest/ga sampai macam-macam masalah timbul. Bukan nak kata apa, dulu pupel rajin je join contest/ga orang lain tapi bila menang, banyak yang tak dapat hadiah. Ada yang kata nak bagi tapi senyap. Ada yang guna penaja yang menipu dan macam-macam. Tak apalah pupel halalkan sebab benda tu korang nak bagi, kalau tak nak bagi takpe tapi janganlah guna cara ini untuk kepentingan diri sendiri. Jaga perlakuan anda sebagai seorang blogger. Jangan kerana nila setitik rosak sesusu belanga.

Sekarang pupel juga jarang blogwalking. Sebenarnya ada tapi pupel jarang meninggalkan jejak atau komen. Pupel mengalami masalah dengan UNIFI dan internet dekat opis ni pulak bila tang komen je, problem lagi-lagi kalau korang guna huruf-huruf untuk sahkan komen. Apa nama dia. lupa pulak.

Waktu pupel menulis entri ini sebenarnya pupel tak sihat dan serabut dengan banyak masalah yang Hanya Tuhan Sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Semoga ia datang dan pergi.. Semoga segala dugaan yang diberikan olehNya, dibalas dengan kebaikan yang tiada taranya. Amin.




You Might Also Like

1 Komen