Gembiranya Dapat Bangun Sahur

9:25 PG

 

Dulu waktu bujang, mana bangun sahur. Buat je jam lonceng berbunyi time sahur tapi orangnya tetap melekap atas katil. Jam berbunyi sampai ke tengah jalan pun tak akan bangun. Kalau balik kampung, mak akan bangun sediakan makanan sahur kan. Walau mak kejut 100juta kali siap bawa senduk, pupel langsung tak akan bangun. Tidur tu nikmat katanya.


Tapi bila dah berkeluarga, plus en suami suruh bangun sahur..rasa seronok pulak biarpun memula nak bangun tu punye susah. Macam pupel rancang, bangun sahur ni pupel tinggal panaskan lauk dan nasi je. Suami tak nak air panas, minum air sejuk dalam peti ais je. Cuma masa sahur hari kedua, pupel masak nasi goreng time sahur tu. En suami pun tolong masak juga. Nasib baik dia nak tolong hahaha.

En suami ni senang je. Janji ada nasi ada ikan kering/ikan bilis goreng dah jalan. Tapi pagi tadi pupel masak sardin je. haha simple je kan. Sayur ada je tapi waktu pagi ni buat alas perut je kan. hehe.Apapun pupel happy dapat sediakan makanan sahur untuk en suami. Alhamdulilah

P/s: hari ni sakit perut gara-gara makan makanan beli di bazar. lepas ni taubat!! baik masak sendiri

You Might Also Like

2 Komen