My New Baby

8:46 PG

Assalammualaikum W.B.T


Lama tak updated dekat blog ni. malas kot. yelah memang malas sebenarnya.  Sejak kaki sakit ni.. tangan pun macam ikut sakit juga hehhee. Tapi kaki dah ok dah. dah tinggal sikit-sikit je sakitnya. power betul nicko ni. semalam bawa dia pergi klinik pun dia tunjuk samseng. geram betul.

Hari ni aku nak cerita pasal ahli baru dalam keluarga aku. sekian lama kereta Saga BLM aku membujang..akhirnya aku dan suami buat keputusan untuk bagi dia pakwe sorang. Pakwe dia tak biru tapi putih. Hahaha.

Ceritanya haritu mak aku ada cerita, akak aku nak jual kereta dia atas sebab-sebab tertentu. kereta dia tahun 2010 tak silap aku sebab plate kereta JMC (aku tak sure, sebab 2010 laki aku beli ego. JMH hahaha). Kereta dia tak rajin jalan sebab masa dia beli, dia ada Saga BLM macam aku gak. kaler pon sama kalau ko nak tahu. sabarjelah. masa tu abang ipar aku join kelab saga, so pergi mana-mana memang bawa sagalah!

JMC tu dia bawa kalau ada jalan jauh-jauh je itupun paling jauh dia pergi perlis dan singapore. Abang ipar aku jenis tak jalan jauh dan akak aku pulak nama je ada lesen tapi lesen dok dalam poket je. (jangan marah ye kak....hehe). Pulak abang ipar aku ni jenis suka solek kereta je.

Kemudian, dia pie jual Saga sebab laki dia dah berkenan dengan Preve pulak.. udahnye, JMC tadi tetaplah jadi tukun kat umah tu. Aku pernah bawa sekali je JMC tu pergi kerja kawen budak yan sebab masa tu kereta aku rosak. SOPSOPSOP. tu yang aku tak sempat nak tengok yan nikah. sorry yan, plan aku totaly lariks-lariks..

Kemudian haritu aku dengar mak aku cakap, aku terus pergi jumpa akak aku dan merisik. masa tu akak aku kata tak jadi jual sebab sayang. Tiber-tibe masa aku datang umah dia, akak aku cakap nak jual. tapi sambung bayar. (itu kalau aku nak lah) tapi dia nak cash sikit.

Fikir-fikir, aku mintak masa 3 bulan dekat akak aku untuk mencari cash. hoho tapi aku sempat mencari dalam tempoh 1 bulan alhamdulilah sebab akak aku cakap, kereta tu ada orang tanya dah! aku jadi tak tidur malam memikirkannye. sumpah setiap malam aku mimpi.

Alhamdulilah.. minggu ni nak pergi ambil dan tengok abang aku sekali yang sedang sakit. btw..ni lah new baby kami laki bini. tak mampu nak beli yang mahal-mahal tapi hidup harus dipertingkatkan. ( aku dah fedup bawa manual bila masuk kl.. welcome kereta auto hahaha)




Nijelah yang kami mampu. cite-cite nak berhonda odessey.. tapi dato' dan datin tak mampu lagi. hak tuihhh.

You Might Also Like

8 Komen