Mama Cayunk Kopi

9:47 PG

Assalammualaikum W.B.T

Aku rindu dekat kopi sebab dia kene boarding ritu. malam tadi cakap dengan kopi, 

"kopi-kopi, kopi tidur dengan mama papa ye malam ni"

aku pulak dah tertidur depan tv menunggu laki aku main XBOX.ngantuk plus sakit.. aku tak tahan nak buka mata da. sekalitu laki aku kejut suruh masuk dalam bilik. aku masuk nampak kopi dah tidur atas tempat aku gosok baju.

aku ambik kopi, terus peluk naik atas katil bawa dia tidur.. dia bangun kepala dia tak mahu baring kat tangan aku. aku popok2 dia lama-lama dua2 tertidur. sedar-sedar, kopi punye badan atas bantal aku, kepala dia kat tangan aku.. terbalik jadinye.

best peluk kopi. rindu betul aku dengan dia. tibe-tibe aku cari kopi takde. aku tersedar. rupanya kopi dah pindah dekat laki aku.. aku panggil dia suruh baring dekat aku.. sekali aku tertidur lagi. tengok2 dia dah tidur dekat lengan aku. aku pon peluk dia tidur sampailah aku mimpi bos aku dan jam lonceng pon berbunyi.. 

dasyat mimpi aku sekarang.. bile aku mimpi bos aku je tu maknanya masa untuk bangun!!.. aku cakap kat kopi aku nak bangun pergi kerja.. dia pun ikut aku dan sambung tidur dekat lantai dapur.. kopi-kopi..

aku teringat dia masa kecik-kecik dulu...





aku tak dapat bayangkan budak meow yang aku ambiik dalam kotak sangat kecik daripada tukang jaga sementara dia yang jumpa dia keseekoran dalam kotak tu dah nak jadi mama dengan mencaras aku dulu. tapi aku tak kisah.. kejab je masa berlalu.. aku rasa aku ambik dia tahun lepas bulan 1.. sekarang dah setahun lebih dah.. sayangnye aku dekat kopi ni..

biarpun pernah melalui episod kehilangan putih yang membuatkan aku nagis 3 hari 3 malam, tapi kopi setia dengan aku dan suami. thanks anakku.. sopsop. mak ko berjiwa sikit hari ni. sebab semalam mak ko usap perut ko yang nak meletup tu rasa takut. semoga selamat melahirkan



Mama LOVE kopi chalow :)

You Might Also Like

3 Komen