Kursus Oh Kursus

10:17 PG

Assalammualaikum W.B.T

Kalau dulu, pergi kursus ni rasa boring tapi sekarang rasa boring tak ada kursus. dulu merasa nak pergi kursus sampai ke terengganu siap dating dengan pokya (laki aku dah sekarang). tapi sekarang laki aku siap cakap "boringlah opis ayang tu, satu kursus pun takde, pindahlah opis lain".

Tak jeles sebenarnya tak dapat pergi kursus macam kawan-kawan lain cuma rasa, tak berkembang otak. Dulu dekat audit tiap tahun ada kursus kesetiausahaan, siap hanto pergi kursus dengan majalah wanita sempena hari setiausaha.

Sekarang takde..duduk jelah dekat opis ni buka A-PEL. A-PEL tu sistem nak menambahkan jam kursus. ada bentuk PDF, ada video. kene tengok video tu sampai habis.. kalau dokumen tu ada masa dia. buka dan baca. cukup 6 jam dapatlah 1 hari. tak pun setiap bulan diorang ada buat ceramah 2 jam. pergilah cukup sampai 42 jam.

Tahun lepas nama aku glamour dah dekat puan HA sebab tak cukup 3 hari berkursus. tapi aku berjaya mencukupkannye. huh! letihlah. teringat time join team building dekat audit. seronok sebab kenal semua staff dekat dalam kursus tu. selain tu dapat merasa jugalah pengalaman pergi sana sini sebab kalau duduk dekat Putrajaya ni, boleh je join kursus dekat selatan ke utara ke pantai timur ke. sekarang dapat juga ke selatan tapi kalau balik kampung aku, pergi pantai timur kalau balik kampung laki aku dan pergi ke utara kalau menggedik nak ke sana hikhik.

sekarang kursus aku baru 21 jam.. ada 21 jam lagi untuk dicari. hukhuk!! matilah! aku jeles dengan kawan-kawan yang dapat pergi minggu setiausaha dengan idola aku ni. :(


sempena siti pakai baju warna hijau firus ini. terimalah wajah aku yang comel hari ni. i pon hijau firus juga. sedondon dengan my bos today ye :)


comenye aku hari ni. hahaha jenuh bagun pagi makeup tebal2 ni.
#perfect356

You Might Also Like

1 Komen