Anak Bulu & Kutu

9:05 PG

Assalammualaikum W.B.T

Dah lama tak cerita pasal anak bulu aku si kopi nicko dan nicki. kopi sekarang dah mengandung tak tahu berapa hari. mengikut detak hati aku, tak lama lagi beranak lah tu. perut dia kecik je. tak tahu anak berapa eko. jangan banyak-banyak udah la. nicko pulak dah kawen dengan kucing lain, tapi sejak kucing tu balik dia dah macam cacing kepanasan kat rumah tu. nicki pulak tak sudah lompat sana sini. suruh kawen tak nak, katanya masih muda.


nicko - hensemtak saya??


kopi - sejak mengandung asik membuta je kejenye.


nilah awek nicko..
dah kawen kene jadi bini
tapi sebab papa dia dah bawa balik kene sebut xbini hahaa








Haritu aku pergi vaksinkan budak bertiga tu setelah deley banyak bulan. biasalah nak pergi tiap bulan memang kene spend RM150 kat vaksin+deworm+kutu je.. kadang-kadang bapak dan omak kau ni kelaut juga. RM150 tu banyak habis dekat kedai makan haha. So sebab nak hanto boarding minggu lepas, hari selasa aku datanglah vaksinkan budak bertiga tu.

Aku bagitahu kondisi seko mengandung. lepas tu aku bagitahu pasal telinga depa penuh benda putih gerak-gerak. dulu doktor kata hama. sekarang doktor cakap ear mites. udahnye kenelah buat rawatan. geli aku tengok ear mites tu. banyak kau.. doktor teropong aku pon naik seram.

Nak tengok video sila pergi ke TANYA SAMA VET FACEBOOK

Nampak tak mana kutunye. tak nampak maknanye korang kene buat cermin matalah ye.. kalau tengok video dia nampaklah minatang tu gerak-gerak tapi kat sini takleh nak upload video dia. maklumlah guna internet kerajaan barisan nasional. puii

Udahnye budak ni kene buat rawatan telinga. RM15 untuk 1 kepala. aku dah buat rawatan kedua. so next rawatan hari khamis ni. oleh sebab khamis ni klinik tutup, aku pospon la hari jumaat ke sabtu ke.. aku tak nak depa menderita kutu ni. ko bayangkan ko tak korek telinga pun gatal apatah lagi ada kutu dalam telinga. eh jangan bayangkanlah ye..

lepas bebudak ni setel kutu.. aku nak suruh doktor kurangkan bulu gugur tu sebab aku semakin alergik dengan bulu depa.. haha. laki aku dah pening sebab banyak kos. sabar. kos dunia je. ilek ilek.. dunia cuma pinjaman.
akhir sekali :

hensem juga papa korang nicko nicki dan kopi dikala dia membebel!

You Might Also Like

2 Komen