PIG LINING & Coach Bag

9:13 PG

Assalammualaikum W.B.T

Cois.. semalam aku kemaluan. ni gara-gara pergi butik Coach dekat KLCC semalam. konon berangan nak masuk butik gucci rembat 1.. tapi aku seram terus tak jadi dan bertekad untuk simpan duit tu kat ASB je.. hakhak. (sebenarnya laki aku bagi.tapi dia buat ayat yang membuatkan aku insap dan beristifar kejab. "ingat yang...pasni nak beli umah lagi.. nak ada baby lagi..bla blah.". terus aku cakap "oklah bang.. kita pergi coach jela.. :(" )

Pergilah coach kali kedua. minat dengan handbag yang ada purple-purple tu tapi tak beli sebab bila pakai rasa tak best. huh..pastu aku tak suka material dia kot. laki aku dok hasut macam dia kerja dekat situ je. habis dia belek tonggang terbalik. malu aku.. hakhak..



berkenan-tapi tak beli,
kebiasaan bagi perempuan-perempuan


kemudian. aku berkenan dengan 1 kasut ni. aku dengar mamat ensem tu kata pink lining. aku yang pekak ni pegang juga. ada satu amoi ni cakap pink lining juga. aku pegang juga sambil angguk-angguk sekali tu, aku terpandang tag PIG LINING terus aku malu sendiri dan blah dari situ. ciooh!! kata mamat tu, dia dah bagitahu aku dah.. tapi aku tak dengar.. laki aku leh tanya apa-apa.. aku cakap tu kulit babilah jom blah hahaha. malu betul.

Terus pergi kaunter, bayar dan blah. malulah aku.. tapi lepas tu aku tengok ada je pakcik tu pegang kasut tu.sebab kasut tu cantik siot. napelah kau buat pakai kulit babi... banyak lagi kulit yang ada. kulit zirafah ke, kanggaro ke... huh! ni lah kasutnye. cantik. yang aku tengok tu kaler itam..

dan yang menawan hati laki aku akhirnye terbeli sambil pejam-pejam mata lupakan gucci..


p/s: larik sikit dari warna purple.. 


You Might Also Like

5 Komen