Perangai Suka Membazir Perlu Dibendung - Handbag

4:00 PTG

Asslammualaikum W.B.T

Ingat aku cerita pasal terbeli beg coach tu.. ?? PIG LINING & Coach Bag

Sebenarnya aku dah mula perangai pelik suka membeli-belah ni. sebenarnya perangai pelik ni dah lama sejak aku kat poli lagi. tapi sekarang semakin dasyat. nak kata duit tu banyak tak juga sebab sekarang dan pandai berjimat cermat nak beli barang yang aku minat.

Selepas berfikir rasa macam tak berbaloi je nak pergi kerja bawa beg coach yang aku beli haritu, aku pun terus beli 1 beg untuk ganti handbag charleskeith yang aku beli last raya.. bukan apa.. aku sayang beg tu sebab beg tu last stok masa aku beli dekat MidValley haritu. kebetulan ada sale sampai 50%. 

tapi nak buat macam mana beg tu dah tak nak bekerjasama dengan aku. dia tak mau tertutup. asik nak terbuka je. abis semua barang bersepai kalau aku letak dekat seat kereta kemudian memandu dengan rakusnya.. kalau masuk dekat tempat scan bag dekat opis ni, kompom 1-2 barang mesti terkeluar.. terutamanya handphone aku.

haritu ada pergi carlo rino dengan laki aku. ada 1 beg aku berkenan cuma design dia macam orang tualak! minat sebab warna dia.. haritu laki aku suruh beli tapi aku belagak cakap nak simpan duit nak beli gucci. tapi semalam aku tanya laki aku boleh tak beli sebab dia buat ayat "berbaloi ke nak pakai coach pergi kerja" yelah kita tak kaya. dapat beli handbag 1k tu rasa menyesal pon ada rasa nak jual je :( tulah sebelum beli tak difikir tahap pembaziran udahnye nak pakai pon teragak-agak.

udahnye semalam lepas dapat green light dari laki aku. aku pon membeli. terbeli sekali kasut. sebab laki aku memang suruh beli. pergi dengan dia aku tak berkenan kasut. ada 1 aku bekenan tapi size takde pulak dekat ISETAN tu.. ada 1 tapi dah tanggal-tanggal tak kan nak beli.

Nielah dia pembaziran no 2.. tapi aku rasa tak membazir sebab memang nak pakai cuma berat!!! ni beg kedua aku berjenama carlo rino. 1st beg hantaran tapi dah dibuang sebab habis terkopek2. tu sebab aku simpan dalam almari. semalam sales girl kat alamanda tu pesan jangan simpan dalam lemari.. 


silap sebab tempat pemegang kecik tu takleh buka. beg ni ada tali panjang so aku lebih suka pakai tali panjang tu..semoga beg ni tahan sampai aku berjaya melahirkan 2 orang anak. amin :P..



You Might Also Like

4 Komen