Saya Dah Jadi Nenek Kucing!!

11:34 PG

Assalammualaikum W.B.T


Semalam lebih kurang pukul 7.30 malam, kopi dah selamat melahirkan 2 ekor anaknye yang hitam-hitam belaka. Situasi dia nak beranak ialah bile aku balik je rumah dia meow-meow semacam. dia kejar aku pastu aku tengok petpet dia dah berair-air. aku try masukkan dalam kotak tapi dia tak nak. udahnye dia masuk juga. lepas tu.. dia nak aku tunggu sebelah dia.



ei kopii.. ko jilat petpet ko. geli hehe.


kemudian bile aku nak blah dari kotak dia tu.. dia membebel-bebel.so aku pun duduk tepi kotak sambil urut perut dia dan suruh dia teran. pandai dia aku cakap pusss dia pun teran hahahaha.. aku cakap dengan dia jangan malas teran nanti anak mati pulak.

aku tunggu sampai keluar something dari petpet dia sebesar guli. lepas tu aku blah sebab aku tengok dia macam malas nak teran. sambil main-main laptop aku jengah dah seko keluar sambil dia makan uri dia. yulks!

lepastu.. aku biar lagi. tahu-tahu dah dua eko sedara! lepas tu tak de pulak dia teran lagi rasanya dah habis sebab perut dia kecik je. uri pulak terbelik dekat kaki dia so tak potong tali pusat lagi. aku ambil kain dan betulkan kedudukan kaki dia. uri tu aku bagi kat dia dan dia makan sampai habis. geli aku tengok hahahha. busuk lak tu. dan hasilnye :



hitam legam!!


langsung takde rupa kopi. hitam legam ikut nicko. harap-harap dah besar nanti ada colour brown-brown sikit. nicko sebuk je nak masuk dalam bilik tengok anak dia. NO NO NO. aku tak bagi. sekarang kopi dalam bilik aku selaku mak kucing yang bertanggungjawab. laki aku pun bagi kopi n anak-anak duduk dalam bilik tapi dalam kotak lah! hehe aku dah jadi nenek hoyeh!..

buat kopi dan nicko.. 
tahniah dapat anak hitam legam :)




You Might Also Like

5 Komen