Cirit Ha Ha Ha. 1 Opis Cirit.

7:11 PTG

Assalammualaikum..

Haha tengok tajuk macam happy kan. siap HA HA HA.. Haaaaaaaaaaaaaa la sangat. Peristiwa hari ni yang buat aku MC.. aku sebenarnye bukan sengaja nak MC hari ni.. sampai termimpi-mimpi puan HA balas sms aku cakap "U TAK BOLEH MC, NAIK KERJA BALIK!!!" seram, bangun tidur capai HP tengok ada tak sms macam tu dari puan.

Ceritanya beginilah ye, semalam opis aku buat Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan. Selalu semua dapat RM10.. tapi kali ni dapat MUG dan kupon Nasi Beriani.. Aku agak je ni mesti nasi beriani pakcik dan makcik yang jual dekat bawah (lobi opis) masa jumble sale. aku pernah beli dan aku rasa boleh tahan juga rasa nasi tu.. 

Habis je mesyuarat, semua pakat ambik nasi beriani plus perut tengah lapar, sempat pergi panaskan lagi. Aku buka je bekas tu, aku macam nampak sesuatu yang tak kena dekat kuah dalca dia. tapi perut dah lapar, aku bedal je beriani tu dengan kurma kambing. sedap kau makan kurma kambing ni.. rasa tak cukup tapi lepas tu aku tak de makan apa-apa lagi.  aku ada cakap silap haribulan ni mau sakit perut ni. tapi cool lagi.

petang balik kerja aku mula sakit perut. tapi aku anggap aku sakit perut nak berak.. dan oleh sebab aku ada masalah dengan BERAK dan tak mahu berak, aku cuba sedaya upaya untuk tak berak (geli kan tapi aku cerita betul ni ahhaa) tapi aku tewas juga sebab perut punye memulas jangan cerita.

masa tu, mood aku dah lari ni..  memulas-memulas.. sakit derita sepi ku rasa. aku sms laki aku suruh makan luar/beli makanan. dia cakap dia penat nak makan luar so dia pergi beli makanan. aku suruh dia beli nasi goreng belacan dengan sup tulang. sedap betul.. 

malam pukul 11 aku berak lagi.. tapi start pukul 1 aku dah bercinta dekat bilik air sampai menagish2 dibuatnye.. nagis betul ni tak tipu.. rasa nak tidur terus dalam bilik air tu. lepas tu dah kepenatan memerut terus naik katil. bajet boleh tidur lena tapi pukul berapatah aku tengok laki aku takde kat sebelah. aku kuar cari laki aku time tu aku cakap ni kalau tak berhenti berak, esok aku MC je. laki aku kata MClah tapi jangan lupa bawa kopi pergi klinik sebab aku syak kopi ni kene flu..

udahnye mata aku terkebil2 tak tidur dan terus mengulangi aktiviti kat tandas sambil menagis lagi. sedih betul cerita aku ni. tapi seriusly, aku memang akan menagis kalau aku berak apatah lagi kalau kene cirit macam ni.

pagi-pagi sms puan HA dan en kamal (bos aku) bagitahu aku sakit perut + cirit birit. masa ni aku sms abg mus tanya dia sakit perut tak, dia cakap tak, lagi best kalau sakit. hampeh. pukul 9 lebih aku baru nak mandi pergi klinik, akak opis aku sms tanya dah pergi klinik ke belum sebab dia nak tumpang, kereta rosak, husband dia hantar pergi kerja. rupanya ramai yang kene cirit birit.. ramai yang balik umah/pergi klinik..

Haigoo... inilah kisah satu opis cirit. kesian pada aku dan mereka-mereka yang cirit.. yang makan tak cirit..nantikau! cirit tu lambat sikit sampai hahaa. tapi aku kesian dekat makcik/pakcik catering tu sebab aku tahu mereka dua-dua tua. pakcik tu pun macam larat tak larat nak buat kerja. mungkin takde pembantu untuk siapkan order nasi beriani yang banyak, pulak tu lepas letak semua makanan, bekas tu terus ditutup.. berpeluh dan menyebabkan keracunan makanan. 

takpelah ni semua sebagai pengajaran. aku tak salahkan catering, tak salahkan sapa-sapa cuma lain kali kelab bagilah kupon makan skyview (cafe orangkaya dekat opis aku) ke kan ke best hahhaha. sekian

You Might Also Like

0 Komen