Pengalaman Bawa Balik Anak Bulus Beraya

2:56 PTG

 


Tahun ni kami beraya ber5..tapi kemudian jadi ber4. hahaha walau tak ada anak, tapi kami ada anak bulus yang kami laki bini bela macam anak sendiri. Kau fikirlah bangun awal pagi nak bagi anak bulus makan dan susu. Balik tengahari tengok anak bulus. Makanan dia sekilo je dah boleh beli susu tepung sekilo. Kira macam anak la kan kan. so kami balik raya tak tinggal pon mereka dekat umah. kesian ooo sebab 10 hari takde dekat rumah. Oleh yang demikian pupel bawa balik anak bulu balik kampung. Mula-mula terengganu. Kami gerak khamis malam lepas berbuka. Bawa 3 eko anak bulu yang dah besar gadang (8 bulan keatas) memang memerlukan tahan kesabaran yang tinggi.

Oleh sebab kami tak de bekas khas tu, kami masuk dalam kandang.. letak seat belakang ualss.. 3 eko dalam satu kandang besar juga. Tak geti diam sebab dah lebih kurang 5 bulan depa tak naik kereta. bayangkan dia punye rayuan gombal suruh dilepaskan. nasib baik jalan malam depa ngantuk semacam. membuta kerjanya. sampai terengganu macam orang gile. dok merayap sana sini tapi kat sana mereka bertiga baik-baik je.. Pandai cari makan sendiri. berak tempat yang betul. tidur pun sama tapi depa tidur dengan pupel atas katil tapi paling penting pandai masuk bilik. Tapi kadang-kadang tak jumpa cari juga rupanya depa tidur dengan TOK'KI.. amboi2... lemak kerim betul..

raya kedua kami ke johor pula. gerak waktu tenghari memang agak azab juga sebab budak berdua tak geti dia. milo kene tinggal kat terengganu teman Tokki ye.. Tinggal kopi dan puteh. tulah sebelum gerak tak nak berak, sekali dah sampai dungun budak kopi berak pulak. memang melantong bau kueh dia.. berhenti kedai tepi jalan yang tutup tu cari paip untuk cuci dan mandikan kopi sekali. Hahah padan muka kau. tapi tak diam-diam juga dah sampai segamat baru depa tidur. Aman dunia aku.

Esok petang hantar kopi dan puteh dekat kedai. kasi simpan sampai hari jumaat baru ambil sebab pupel ke kedah dan tak leh nak tinggal dekat rumah emak sebab takut diserang anjing. dekat kampung kedai pets ambil RM15 sehari seekor siap mandi, potong kuku, bersih telinga dan ubat gemuk. Oklah tu. balik rumah anak bulu harum-harum belaka tapi mama tak harum sebab sudah pokai.




sekejap masa berlalu
anak mama dah jadi anak dara
tibe2 sedih pulak macam baru lepas nikah hahaha


p/s : semoga anak mama sentiasa ada untuk mama tempiaskan kasih sayang yang tidak terperi.

You Might Also Like

3 Komen