Teruknya Perilaku Kita.

8:32 PG

 

Semalam pupel pergi ke alamanda untuk berbuka puasa. Saja ajak suami pergi makan luar sebab dah lama dia asik OT je. Tapi semalam je dia tak ot sebab kesian kat pupel yang asik berbuka sorang je. Lepas tu malam ni dia balik kul 12 sebab banyak kerja.

Sampai alamanda dah pukul 7 petang. Faham-faham jelah mana dapat tempat nak berbuka. Semua full booked je kan. Sabar jelah. Tapi kami ok lagi sebab kami nak biarkan mana-mana yang dah dapat tempat tu makan dulu. Kami pon jalan-jalan dekat alamanda tu. Sempat mengerling ke Baskin Robbins. Mak aii ramainya orang beratur. Masa tu en suami cakap, nak beli je yang. Tapi aku sejak kene marah dengan dia asik makan mahal-mahal, aku tarik dia pergi dekat kaunter tu dan kasi tunjuk harga. Lepas tu aku cakap jom.. Dalam hati nak tapi aku malas nak dengar dia bebel selepas 1 jam aiskrim tu tenang dalam perut aku (kebiasaannya macam tu la). En suami memang pantang makanan mahal ni. Dia cakap aku ni membazir.

Lepas tu, kami pergi RASA. yelah semua kedai dah penuh. Pergi rasa pun selepas berbuka. Kira dalam 20 minit lepas berbuka la. Kami tak makan apa-apa lagi ni. So kami oder makanan dulu dengan harapan ada yang akan bangun lepas 20 minit diaorang makan. Yelah kat food court rata-rata makan tak lama kan. Lagipun ramai orang. Kalau dyeowg tak bangun juga tak tahulah.

Tapi apa yang aku nampak??? Sebagai seorang muslim yang berpuasa.. dah siap makan. air pun dah habis tapi dok termenung, borak-borak dan cungkil gigi dan tak menghiraukan langsung orang yang masih mencari tempat nak berbuka. Plus ada yang bawa anak-anak, tunggu sapa-sapa bangun tapi takde sapa-sapa yang ada kesedaran kat hati tu nak blah lepas makan. still nak lepak-lepak katanya. Termasuk pupel yang terpaksa berebut meja dengan sekumpulan remaja cina kerana nak makan. Itupun lepas pupel dekat dekat satu meja ada makcik pakcik dan anak kecil (mungkin cucu) dah siap makan, tengah borak-borak. Mungkin makcik tu nampak pupel tengah mengendeng meja dia, terus dia ajak laki dia bangun. Maaf makcik.. kami belum berbuka lagi. harap-harap makcik tu tak marah.

Sedih ooo. sebangsa seagama sendiri pun takde perasaan nak memahami keadaan orang lain yang masih tak berbuka lagi. apatah lagi bangsa lain. Sedih sangat-sangat. Ada pulak yang memang tak makan, saja je duduk kat meja tu. Tak tahu apa motif.. tapi tak nak bagun untuk beri pada mereka yang lebih memerlukan.

Ada satu meja tu, ada budak bertiga duduk. Dia dah siap makan. air pun dah habis. tapi tak nak bangun. Ada sorang mamat ni dia dah tatang makanan. Agaknye geram menunggu dia letak je makanan kat meja budak tu (budak tu duduk meja besar) lepas tu baru budak bertiga tu nak blah. Mungkin malu kot. kesian-kesian

Kalau makan kat restoran ke, kedai mahal ke, pizza ke tak da sapa nak marah kot tapi kalau kesedaran dalam diri tu tak ada nak buat macam mana.

You Might Also Like

3 Komen