Balik Kampung. En Suami Pasang Mozek. Uhh Penat

8:31 PG

 

Hari jumaat haritu kami balik kampung. Oleh sebab en suami cuti hari isnin, pupel pun apply sama. Ingat nak balik putrajaya hari isnin lepas sahur tapi sebab en suami nak tolong abang siapkan tampal mozek dekat lantai ruang tamu rumah kampung so, kami balik malam tadi. Penat ualllss..



en suami tak delah pandai pasang pon. tapi dia tanya abang macam mana nak buat. so siaplah juga. ingat nak buat sampai siap tapi mozek tu abis pulak. so nanti abang akan sambung sendiri. Sekarang abang pupel tengah renovate rumah secara besar-besaran. Tambah satu bilik lagi menjadikan bilik dari 4 kepada 5, tambah anjung dan mozekkan lantai diruang tamu. hahaa. nak raya tambah sambut menantu katanya.



ni view umah dari luar. banyak bersepah sebab tak siap banyak lagi. abang pupel 100% buat sendiri dan ada dibantu oleh abang pupel yang nak kawen tu dan adik. Adik sekarang dah kat sarawak so abang pupel buat sendirilah sekarang ni. Dia bukan ada basic buat umah tapi dia main taram je haha sebab dulu dia pernah tolong arwah ayah buat umah.

Pupel tak banyak tolong pun haritu cuma pupel cat bilik pupel je. sebab lebih cat bilik abg tu ada banyak. Membazir kalau tak guna. ingat nak tolong cat bilik air tapi abg kata nanti dulu. basah takut cat tak kering hahaha. Tahun ni beraya umah seindah villa ualss. yang penting bukan rumah pupel.. hahahaa.

p/s : tiada rumah ku tak apa-apalah.. rumah kerajaan ada duduk sampai tua. hahahha

You Might Also Like

0 Komen