Duit Raya & Ceritanya

8:59 PG

 


Tahun ni tahun kedua aku beraya sebagai bini orang yang comel lote. kenelah cakap suami sendiri comel. hari tak pose/tak raya selalu aku cakap laki aku cam mat bangla hahha. Alhamdulilah. tahun kedua juga aku raya pertama dekat rumah mertua. Ni bukan kes aku ikut cakap laki atau apa tapi tahun ni kene raya umah mak mertua aku dulu sebab raya ke 4 abang aku nak kawen. jadi raya ke 3 aku dah gerak balik ke johor sebab raya ke 4 nak naik bus together2 pergi ke kedah. malam tu nak menikah dan raya ke 5 pulak majlis belah sana. lepas majlis baru balik johor sambung raya. *apadahh kawen time raya.

Harap ibuku sayang tu faham la sebab dah bagitahu kat dia dah. kene raya terengganu dulu sebab kalau raya johor.. bila nak raya terengganu? takkan lepas g kedah nak balik ganu?? jauh tu ganu..takkan nak raya 3 hari je ngehngeh lagipun dah berabad tak balik terengganu. Atlist walau balik hari jumaat ke, dapat juga 5 hari kan kan. lagipun johor selalu balik apa. Harap-harap mak mertua aku bertambah sayang dekat menantu dia yang pemalas ni hahahhaa.



untungla korang budak kecik!!!
-tiber2 rasa nak jadi kecik balik. dulu2 1 bulan je meround 4-5ratus dalam tangan.

Ok pasal duit raya tu, tahun ni pupel sedia tak banyak. Bukan apa, low bajet ma. tahun ni raya en suami tak gaji lagi. dia gaji 1 haribulan 9 kang. kau cuba kira lagi berapa hari dia nak gaji. Jadi raya tahun ni kita bersederhana jelah. Memula nak kasi anak sedara sebanyak 32 orang tu sorang 1 je. kan dah jimat baru RM32. yetak?? tapi en suami marah. "kemut gile kan". so up balik macam tahun-tahun sudah.. bagi sorang RM5. mana anak sedara yang baru keluar kene lah bagi lebih sikit. bukan apa dah hampir10 bulan pupel tak balik terengganu, orang sana dah proses 2 orang anak tau! aku yang tak beranak-beranak. apa nak jawab ni kalau mak mertua aku usap perut aku macam tahun lepas?? takpe.. aku redha hahaa.



"mok dalam perut kita ni bukan baby tapi LEMAK"
"PULOP DOHHH"

Setelah dikira 32X5= ialah sebanyak RM160. tu tak masuk yang mana nak letak banyak sikit tu. tak masuk ampau untuk budak2 datang dan tak masuk untuk budak yang tua sikit.. tak masuk ampau mak/pak lagi. huhu.. anak sedara aku sorang tu dah ngedeng2 nak baju raya kat facebook malam tadi.





tengok punye kedekut punya makcik!! haha selalu pupel bagi je kalau ada duit kat budak ni sebab pupel tahu dia ni nakal macam mana pun, kalau dia nak apa-apa, dia pandai kerja untuk beli. So tak berkira pun dengan dia cuma duit takde....hahaha (bukan takde tapi aku bajet ciput raya tahun ni ok!) lagipun mak pak dia kaya bawa DMAX.  aku bawa SAGA je.. kene bagi sorang sebiji BIJI SAGA raya ni patutnye..


Bukan orang malaysia kalau kau x tahu biji saga tu apa
ni punya biji dulu-dulu adik kecil main-main bawah pokok
syok oooo

Duit raya dah pun pupel sampul lawa-lawa tapi yang RM5 tak g tukar lagi. en suami janji hari ini nak pergi tukar. esok malam kitaorang nak gerak balik Ganu cepat-cepat sebab dah lama tak balik ganu oooo. tapi aku mulai takut ni kalau-kalau mak mertua aku suruh masak. aku rasa nak beli ubat tidur, tidur satu hari. bangun-bangun dah siap masak kan senang.

Tahun lepas raya paling aku tak dapat lupakan. Bukan apa, mak mertua masak nasi dagang oo. sedap gile tapi oleh sebab 2 hari dok bantai nasi dagang, perut aku tak dapat diselamatkan lagi. tak makan malu lak nanti mak mertua kata aku memilih. makan juga. tapi malam tu lapar sangat. aku ajak laki aku keluar g kedai makan. Sayangnya kedai apa je ada? pulak time nak pergi tu, mak mertua aku nampak aku pakai tudung dah. dia tanya nak g mana sebab dia nak ikut. apa lagi dia bawa akak ipar aku dan anak sedara sorang. pulak tu bawa masuk KFC.. (itu je yang buka, tu pun kat bandar terengganu sana. kami kan dok marang)


"kfc je mok buka raya ni.. jom la mok"
"ahhh tak mbohhh"

Sejak dari tu mak mertua aku nampak KFC je dia cakap " tak mbohhh...." sambil geleng-geleng kepala dan pusing-pusing tangan tunjuk tak nak. laki aku cakap mak mertua aku dah serik makan KFC sebab tak kene tekak dia. ha tulah sapa suruh ikut. kehkeh. kelakar aku tengok muka mak mertua aku time tu. tahun ni aku nak ajak dia g pizza pulak. agak-agak mesti mengelupur orang tua tu kan.



"mok. jom makan pizza mok.."
"natang benda pizza tu mek oiii"


haha takdelah.. tahun ni nak ajak makan ikan bakar la. ikan bakar kat sana sedap ooo. aku kalau boleh nak duduk sana je sebab makanan punyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sedap tapi apakan daya.. kat sana tak de umah kuarters lawa-lawa cam putrajaya.. hehe.

itulah duit raya dan ceritanya. sekian
(macam karangan pulak.. ni kompon dapat A+ ni hahaha)





You Might Also Like

5 Komen