China & SPA?

10:38 PG

 

Suamiku sayang tu dapat tawaran kerja baru yang agak menarik sampai tak boleh tidur beliau dibuatnya tau. kesian aku tengok padahal aku yang tak leh tidur sebab fikir2. bukan apa dia dapat tawaran kerja dari syarikat elpion, syarikat korea yang baru buka kat banting tu. tapi gaji tak tahu lagi. hari isnin baru dia pergi bincang. pulak kalau dia setuju, 9 september ni dia akan berangkat ke china untuk kursus. tak tahu pulak berapa bulan. ha! tu yang buat aku tak tidur malam sebab aku cakap, kalau dia g china aku mungkin nak ikut. cuti atau aku nak ambil cuti tanpa gaji. ohhh china.. aku dah bayangkan nak soping barang murah2 kat sana. hahaha.

ok sambung cerita balik. kemudian, dia dapat sms dari SPA yang dia kene pergi pulak interview untuk Penolong Pegawai Keselamat N27 yang dia pergi ujian fizikal haritu. Pulak interview 15 september. ok sekarang laki aku dah pening.

dia takut apa yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran. yang dikendong tu elpion yang dikejar tu SPA. kau faham jelah sapa je tak nak kerja SPA tu.. aku harap juga dia dapat kerajaan bukan apa, masa depan dia cemerlang gemilang terbilang gitu kalau kerja kerajaan. tapi macam mana dengan impian aku nak bermulan madu kat china tu. naik tembok china. impian aku juga tu ishk.

Nampaknya dia kene buat keputusan yang betul dan tepat. dia kene fikir panjang. aku cakap kita tunggu hari isnin ni tengok berapa je gaji Elpion nak bagi tu. aku harap suami aku tak stress la nak fikir benda ni sebab kalau dia stress aku lagi stress. tak tidur malam aku dibuatnya.

p/s: aku harap dia dapat kerja yang dia suka dan menjamin masa depan dia. i love u pokya muahmuah

You Might Also Like

2 Komen