Bila Kau Datangkan Aku...
10:46 PGBila Kau datangkan aku
Dengan keperitan jiwa melawan perasaan sendiri
Aku redha dan pasrah atas ketentuanMu
Bila Kau datangkan aku
Dengan perasaan membungkam sejuta ngeri
Aku cuba mencari pengusai jiwa nan lara
Bila Kau datangkan aku
Dengan dugaan ini
Aku pasrah atas segalanya.
Semoga apa yang aku bina sekarang bukan setakat ini
Akan aku pendam sejuta rasaku dalam sanubari
KepadaMu aku memanjatkan doa
Semoga segalanya kembali bahagia.
2 Komen