Movie - Sadako 3D

10:42 PG

 


Malam tadi pupel layan movie Sadako 3D dengan Team Media Hiburan. Pupel menang tiket free tau. bukan dapat gitu je hehehe.kene masuk pertandingan gitu.. so kami berdua gagah pergi Midvalley. Dari putrajaya tak jaug mana. 15 minit dah sampai kan.


simple je.
kau tengok handbag Charles & Keith aku tu.
suka dengan beg cam ni sebab senang nak selimpang dia sini sana.
murah jerkkk.

so ni la poster filem yang kami tengok tu.



Sadako 3D ini adalah sebuah filem seram jepun lakonan Satomi Ishihara, Koji Seto dan Yusuke Yamamoto arahan Tsutomu Hanabusa. Ia mengisahkan mengenai sebuah Klip Video Puaka yang telah membunuh ramai orang yang menontonnya di internet. Akane, seorang guru mula dihantui dengan masalah Klip ini bila seorang pelajarnya mati selepas menonton klip video tersebut. Lisa, salah seorang sahabat baik si mati juga merupakan pelajar Akane mahu menonton klip video itu namun tidak jumpa. Pada satu hari lisa telah mencari video itu di makmal komputer sekolah dan hampir mati apabila sadako muncul di screen komputer setelah tamat video tersebut namun diselamatkan oleh akane. Akane mempunyai kuasa dimana jeritannya mampu melenyapkan sadako.

Ia tidak berakhir disitu apabila Sadako sempat membisikkan "Kaulah Orangnya" kepada Akane. Detective Koiso merupakan anggota polis yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah bunuh diri yang berlaku baru-baru ini. Dia tidak mempercayai mengenai Klip Video itu biarpun diceritakan oleh petugasnya kecuali apabila petugasnya bunuh diri dihadapannya dan sempat berkata bahawa klip video itu adalah betul.

Detective Koiso ke rumah milik Kashiwada Seiji yang merupakan pengendali laman blog dan juga simati yang terdapat dalam video puaka tersebut tetapi tidak menemukan apa-apa tapi dia kembali semula setelah petugasnya mati membunuh diri. Di dalam rumah tersebut dia berjumpa barang-barang milik Kashiwada Seiji dan contengan didinding rumah Kashiwada Seiji dimana ianya tertulis kebangkitan semula Sadako.

First Look At Sadako 3D Villain

Kashiwada Seiji (Yusuke Yamamoto)
Motif dia nak seru sadako memang agak kegampangan

Sadako ialah seorang gadis yang memiliki kuasa dimana dia telah dicampakkan hidup-hidup dalam sebuah telaga. Kashiwada Seiji memuja Sadako untuk kembali kedunia dan membunuh orang yang selama ini mengutuk dia diinternet. Sadako memerlukan sebuah jasad sebelum kembali kedunia dan telah memilih Akane.


Sadako
Dia muncul saat akhir je ponnn

Detective Koiso bertemu Akane dan membawa Akane ke perigi dimana sadako dicampak untuk merungkai misteri ini malangnya Detective Koiso mati diserang mahkluk pelik ( yang ni sumpah kelakar kau tengok sebab hantu dia macam gampang!). Akane terpaksa berjuang untuk menyelamatkan  teman lelakinya Takanori  yang telah diambil oleh sadako sebagai galang gantinya.

Sadako cuma untuk masuk ke dalam badan Akane namun akhinya tidak berjaya dan akane selamat apabila Takanori  memecahkan sebuah iphone dimana di dalam iphone itu sadako membawa akane pergi.


Akane ( Satomi Ishihara) & Takanori (Koji Seto)


Huhu. panjang lebar aku cerita biarpun terbalik kong. Keseluruhan filem ni perlahan dan tak best. mula2 perlahan ok lagi sebab cerita hantu tapi dia jadi tak best bila hantu yang macam raksaksa terkangkang kejar akane siap boleh kene perangkap dan berkecai jadi belalang bila akane cucuk dengan besi atau jerit. Haha memang gampang siot.

p/s: bukan nak kata apa tapi hantu malaysia lagi best kot haha.


You Might Also Like

0 Komen