Alahai Sakit.

8:22 PG

 


Sakit kalau datang tak kiralah bilakan. mujur datang sekarang. Takut-takut time raya datang? da tak beraya aku. memerap dekat umah. tak best ooo.. Semalam aku didatangi Magrain. Magrain ni penyakit aku sejak azali kot. Dulu lagi teruk aku punye magrain. Siap tak leh bangun apatah lagi tidur malam. Tapi sekarang jarang-jarang sekali tapi sebulan sekali tu memang wajib. Sapa ada penyakit magrain ni tahulah apa rasanya. Kene panas tak boleh, tidur lewat tak boleh.

Pulak tu aku ni ada satu penyakit yang datang pada aku sejak aku duduk putrajaya. Kene masa aku duduk presint 14. Dulu belakang badan aku bersih tulus mulus. tapi sejak aku kene penyakit ni, dengan kepala aku sekali aku botakkan. Tak adalah serius mana tapi penyakit BERJERAWAT atas kepala dan badan ni memang derita juga.  Aku jenis tangan gatal suka picit. akibatnya laki aku marah. Badan berbekas. Dekat kepala dia tak nampak. Dekat kepala aku rajin picit sebab bila dia mengening.. kekuning-kuningan..ranum sedap di picit, kalau aku tak picit alamatnya.. pening terus boleh jadi magrain. Tapi aku tak tahulah kalau ni punca aku magrain semalam.

Apa yang jadi semalam, magrain tu dah satu. pening2 belum baik lagi malam tadi aku tak boleh tidur sebab angin dalam badan aku overdos kot. asik sendawa satu badan. angin kentot tak nak keluar pulak. Perut jangan cakap...asik memulas sampai ke pagi ni. Pagi ni aku kerja berminyak wangikan minyak kapak dan yu yie cap limau. Memang asyik betul..

Lagi satu, semalam aku muntah air. kau tahu apa tu muntah air. yang ni aku tak tahu kenapa. Aku ni dah uzur, sakit sini sana. kalau yan baca ni mau dia kata badan aku dah tunggu masa je ni.

p/s: tahun ni aku balik kampung mak mertua aku awal sikit. habislah aku ni dah la tak pandai masak. jangan dia suruh aku masak raya dah la.

You Might Also Like

2 Komen