JJaJangMyeon 짜장면

9:45 PTG

Assalammualaikum W.B.T


안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Dua tiga menjak ni rajin bebeno aku masak. aku pon tak tahu mengapa haha kalau aku mengandung mesti mengandung anak perempuan hahaha. tapi tak mengandung pon cuma babybump sentiasa ada hehehe.

Ok tadi aku masak Jjajangmyeon. Ala mee yang ada kat cite korea tu. Makan sampai comot hitam-hitam mulut.. pastu mesti diaorang delivery naik moto.. Kebetulan haritu jalan dengan laki aku dekat aeon big jumpe dengan Black Bean Paste so merasalah juga untuk aku makan Jjajangmyeon berdasarkan resepi hasil dari google.. Ada pembaca blog haritu cadangkan aku untuk rujuk resepi makanan korea dekat maangchi.com


ni maangchi.com punye..



Aku lupa nama dia sapa tapi thanks ye awak!! ekeke.. tapi tidaklah aku follow habis 100% resepi kat situ. Aku bantai ikut suka aku.. Lagi satu kita orang islam tukarlah pork tu dengan daging lembu yang kuat. Hahaha.. resepi boleh tengok SINI atau boleh follow resepi aku kat bawah..




Nilah jjajangmyeon versi aku hahahhaa. mee dia aku tak dapat cari pulak
lepastu aku ni tak suka mee kuning mahupon spegeti
so aku guna mee jepong ni. jepong pon jepongggggglahh


RESEPI JJaJangMyeon 짜장면
Versi aku punye suka hehe..


Bahan-bahan

Black Bean Paste
Mee
Daging
Timun Jepon ,Kentang, Carrot (Potong Dadu)
Bawang 
Minyak
Gula, Garam, Ajinamoto 
Air
Tepung

Cara-Cara

1. Tumiskan black bean paste tu dengan minyak. Berapa banyak korang punye sukalah nak guna berapa. Aku guna yang dalam paket RM3.50 tu habiskan terus. (besar 1/2 A4 boleh 3-4 orang makan kot. Ketepikan.

2. Tumiskan timun jepon, kentang, carrot, bawang yang dah potong dadu tadi bersama dengan daging yang dah direbus. Kalau nak guna ayam boleh kot. entah.sukati koranglah.. Sampai matang..


3. Masukkan black bean paste yang dah tumis tadi gaul sampai rata. Letaklah gula garam ajinamoto ikut sukati.



4. Masukkan air tepung (godak 1 sudu tepung dengan air, banyak mana ikut korang punye la nak cair ke pekat ke.. aku tak suka pekat-pekat sebab aku tak berapa suka rasa black bean paste ni.. so aku buat tak pekat, tak sempelet pon time makan. Bile dah masak siaplah..

5. Ambil mee yang korang dah rebus tu masuk dalam mangkuk dan letakkan kuah tadi atas dia. Siap silalah makan ye..


Macam aku cakap tadi aku guna mee jepong jadi tak jadilah macam korean sangat. dah jadi macam apa tak tahulah.. Janji jadilah haha. Nak masak ni tak perlu semua barang ada.. Bahan asas ada kita bantai je janji jadi. Masak ni benda senang yang akan jadi susah dan payah bila malas dan tak pernah masak je. Dah jom makan.




 또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!






You Might Also Like

1 Komen