Diet!!!

10:52 PG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Beria aku dua tiga menjak ni nak berdiet bagai. Hahaha ni pasal laki aku dah kutuk aku gemuk. Perut buncitlah, asik kutuk je lama-lama geram juga. Yela laki aku tu sekeping papan lapis. aku ni pulak dah macam tong deram katanya.



ko tengok badan laki aku. kalau naik pon tang perut je tu pon kejab je dah ilang. 
laki aku ni jenis kerja kuat makan kuat sukan kuat.. yang tak kuatnya ??..... hahahaha


Oleh yang demikian, aku memulakan cabaran 60 hari menghilangkan berat sebanyak 20kg. hahaha konon-konon tapi aku tak rasa akan berjaya cuma aku saja nak cubalah.. kehkeh.. kalau turun 5kg pon jadilah janji ada perubahan. kalau takde, nampak gayanya aku memang kene berusaha lagi laaaa.. masalah aku ni satu la.. senang tergoda dengan makanan. 

aku dah buat plan dah.. konon-konon nak follow diet pisang retis korea.. hahahaa. tapi orang kata diet buah ni tak leh selalu. so aku juga berplan tak moh makan nasi. tapi nasilah paling sedap lagi-lagi kalau panas-panas kene pulak mari asam pedas.. pehhh sedapnye


sarapan aku pagi tadi. Milo tak de gula/susu dengan dua biji pisang
pisang ni laki aku belikan siap pesan jangan lupa makan
sebab dia balik terengganu 4 hari


Tengahari kang aku bercadang untuk makan sikit je. tak moh banyak-banyak. Petang kalau lapar aku makan pisang ni seketul. begitu juga malam. aku akan makan dengan air milo panas. Sejak aku sakit senggugut ni, aku stop minum ais kejab.. tapi aku rasa mulai hari ni aku tak moh dah minum ais. semoga aku dapat tahan dengan godaan ais dikala cuaca panas ini.. huuuuuu...

Senaman pon aku buat. pagi bangun tidur aku buat sit-up 10 kali. hahah cukuplah tu aku nak bagi kempis perut aku yang doktor kata banyak lemak ni. Pastu petang-petang lepas balik kerja aku buat senaman sikit lebih kuran 30 minit. aku ni tak berani nak berlari dekat luar sorang-sorang plus malu tapi aku rasa aku nak bodek laki aku belikan aku treadmill. aku rasa laki aku mesti makan bodek aku punyeeeee... cuma lambat sikitlahh... dulu masa masuk gim kat johor tu aku selalu lari kat treadmill. sekarang ni nak masuk gim takde kawan. haha dulu pon follow si sidah sebab dapat murah. tapi pergi tak sampai sebulan sebab tak de masa. sidah pon kerja sampai lewat malam..

semoga cabaran 60 hari aku berjaya. doakan ye!!! 또만납시다 !!! ttomannabsida jumpa lagi!

You Might Also Like

5 Komen