2014 Yang Mendatang

10:13 PG

안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Dah lama nak menulis entri ni tapi asik terbabas je sebab banyak entri makan-makan menyusul. Buat yang sudi baca blog aku ni maceh ye walaupun agak banyak merapu.. Dah sebulan berlalu baru aku ada mood nak buat entri pasal 2014. Patutnya last 2013 haritu aku dah buat dah. Lambat betul.. 

2013 haritu diakhiri dengan macam-macam kisah suka duka. Kita (aku dan suami) dapat pergi honeymoon dalam usia 2 tahun selepas berkahwin. Suami kemalangan..




Alhamdulilah lelaki ni dah sihat dahh
kita tunggu duit insurans pulak hahaha

Kita terima anak-anak baru walaupun cuma anak kucing yang comel-comel namun kita buat keputusan paling susah iaitu melepaskan.. walaupun payah.








Kita terima kehadiran yang baru namun yang lama tidak dilupakan. Walaupun cuma janda orang ekekekeke. janda pon jandalah..


Kita terpaksa mengekang airmata bahawa kita berdua masih belum mampu untuk menjadi ibu dan ayah.. Walaupun orang lain dah beranak 2. Terpaksa tutup mata dan telinga menahan rasa. Tutup mulut dan cekal hati menjawap pertanyaan orang tentang "rezeki" yang memang belum siap sedia untuk kita. Mengelak dengan cara yang orang fikir tidak rasional. Mencari cara lain untuk hilangkan pertanyaan di kepala, "bila?" "bila?" dan "bila?". Lari dari tumpuan orang atau menjadi takut untuk duduk berbual kerana takut hati tak kuat. kita lalui dengan tabah.


mama tunggu sayang datang.


2014 ini juga membawa makna aku dah 26tahun. masih ada banyak perancangan yang aku harapkan berlaku pada umur 26 tahun ini tidak berhasil. yelah kita mampu merancang tapi segalanya telah siap sedia untuk kita. Dia maha mengetahui segalanya. 2014 harapnya tertumpu kepada sesuatu yang lebih baik. Mungkin tahun lepas, bulan lepas, minggu lepas atau hari semalam tidak sebaik hari ini tapi usaha untuk melakukannya ada walaupun hasilnya tak nampak.

Tahun ini juga aku laki bini akan menyambut ulangtahun perkahwinan kitaorang yang ke-3. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun kahwin. Macam baru semalam je bercinta bergaduh-gaduh baling handphone pecah berkecai depan pintu umah. 




Ahaha. Kadang-kadang macam tak percaya pulak. Perangai aku yang gila-gila dan masih rasa suami aku tu kawan masih ada dan tak dapat nak ubah lagi. Semoga ikatan ini bertahan selamanya.

Semoga 2014 menjadi lebih baik.. lebih baik..

 또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!






You Might Also Like

0 Komen