Lemaknya Murid-murid Zaman Sekarang

3:23 PTG

السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Zaman sekarang ni macam-macam halnya.. Anak kene marah dengan cikgu pasal malas buat keje umah sampai merayap tak balik umah pon mak pak report polis. Kalau zaman aku dulu, berani la menghilang lepas sekolah atau waktu sekolah, cikgu marah.. mak pak aku tambah pakej bebel siap tali pinggang sekali. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Adik-adik, kalau akak jadi adik.. akak malu.. bukan malu dekat cikgu atau mak pak, tapi malu kat diri sendiri. Ni bukan cite novel dik oi kalau sedih pon balik umah terus naik atas katil. Bantai tidur lagi best dik oii.


Akak aku seorang cikgu. Abang ipar aku pon ada sorang cikgu kira laki bini lah.. Aku tanya apa je boleh dibuat kalau nak marah? nak rotan tak leh denda tak boleh.. marah lagikan.. Nak buat macam mana katanya kalau tak marah bebudak melemak pijak kepala cikgu, malas belajar. Nak tak nak kenelah marah. kalau kene panggil dengan pengetua menjawaplah..


Sekarang dah keluar etika guru ni. Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang. Diantara semua yang dilarang ni boleh kata semua dah aku rasa.. Barulah jadi manusia. Kalau cikgu tak buat.. agaknya apalah jadi kat aku. hahahha.

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL

1. Berdiri lama di tengah panas
Rasanya aku pernah kene sebab tak pakai baju sukan. Aku memang menyampah nak tukar-tukar baju sukan pulak tu subje PJK tu 1/2 jam je. buang masa betul. nanti berpeluh-peluh buat aku tak selesa so memang kenalah berdiri dekat tengah cahaya pagi. panas juga.. 

2.Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
Yang ni aku selalu kene kalau tak siap kerja rumah, tak pandai nak sebut perkataan english, bergaduh atau buat bising. Paling aku tak lupa dengan cikgu english akulah. kene diri kat luar sambil jerit perkataan english tu dari luar kuat-kuat.. Geram betul.. malu aku dibuatnya sebab aku memang tak pandai nak menyebut english-english ni. lain bunyinye...

3. Lari keliling padang
Ha ni pon aku kene sebab tak pakai baju sukan. Dengan baju kurung serba ayu kenelah lari keliling padang. tapi aku suka je lari sebab aku lari-lari anak je sambil ushar-ushar pakwe-pakwe yang tengah senam dekat tengah padang. hahahha manis sungguh kenangan ini hahah tak menderitakan jiwa dan raga aku pon..

4.Memukul diri sendiri atau sesama sendiri
Ni selalu kene time tak bawa kaler air pergi sekolah time pendidikan seni. Cikgu aku tu memang garang. Dia suruh kitaorang pukul tangan sendiri atau kawan sebelah yang tak bawa kaler guna pembaris atau pemadam papan hitam. 

5.Berdiri atas kerusi/meja
Peh ni denda peberet cikgu-cikgu aku. Semua kene diri tak dapat jawap kene naik atas kerusi kalau bebal sangat naik atas meja. Selalu kene bila waktu matematik ni. Time-time kene ingat sifir lah..

6.Menarik rambut atau telinga
tarik rambut tak pernah sebab aku pakai tudung kalau tarik tudung tu adalah. tarik telinga po pernah kene walau pakai tudung. Panjang telinga aku dipulas-pulas macam apadah.. Selalu kene sebab tak bawa buku teks ke, tak siap kerja sekolah ke atau bergaduh dengan kawan-kawan/musuh ketat/pakwe depan meja

7.Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
Tali pinggang takde tapi pembaris tu dah lali. bukan tu je kene hempuk dengan buku, dengan fail, baling dengan kapur, duster, segala mak nenek yang ada dalam kelas tu dah merasa dahh.. selalu kene sebab tidur dalam kelas.

8. Junjung Kerusi/Buku
Junjung kerusi tu selalu budak lelaki kene. budak perempuan comel cam saya kene junjung buku je. extra dekat luar kelas. huwaaaaaa malu siot lagi kalau abang hensem darjah 6 lalu. coiiiiii

9. Cubit
Ini pon peberet cikgu. kalau dicubit bukan sekali das. berdas-das siap dipiat-piatnye lagi. hampeh betul. Selalu kene kalau tak dapat jawap soalan. Pernah aku kene sekali dengan cikgu perempuan sebab aku kantoi dating dengan ex student yang dia suka. dengan budak-budak pon nak jeles. apedaaaaaah...

10.Enjut/ketuk ketampi/mendada
mendada tu tak payah disuruh memang aku jalan mendada hahaha. enjut dengan ketuk ketampi tu biasa. sampai kaki aku kejang tak boleh berjalan seminggu pon penah. 200kali kene enjut kauuuu. tu la sapa suruh malas buat kerja sekolah. Balik umah tak berani nak ngadu kat mak pak. kau gila? kang kene tambah rotan sapa nak tanggung?

HUKUMAN TERHADAP MENTAL DAN EMOSI

1.Gunting rambut
aku budak bertudung tak kan pernah kene tapi hampir pernah kene sebab dai rambut tapi dai aku tak terang so aku terlepas. kalau budak-budak lelaki kawan-kawan aku ramai je kene sebab rambut panjang dan dai rambut. hahahha

2. Berdiri membuat latihan
Aku rasa macam pernah. tapi aku lupa. rasanya masa sekolah rendah subjek matematik. Memang bebal aku bab mate ni. sabaujelah

3. Berleter
itu biasa. cikgu berleter pakej habis dua masa pembelajaran. itu biasa. biasa sangat. ayat pulak semua kasi sentap. mak pak semua dia sebut. kaya miskin semua pernah..keluar air mata pon kita ni.. 

4. Gantung tulisan dibadan
biasanya kene tampal dekat belakang badan kan.. pastu kene round setiap kelas kan.. bagitau saya kene hukum sebab tak buat kerja sekolah. biasa.. biasa..

5. Memalukan dikhalayak ramai
biasanya time perhimpunan. terus sebut guna mic terus nama kita ni ha. suruh berdiri (sebab perhimpunan pagi biasanya cikgu bagi duduk sebab nak elak kejadian pitam) biasa sangat

6. Kelas tahanan
Biasanya aku kene sebab datang sekolah lambat. aku pernah kene kelas tahanan ni. dia buat dekat surau. tapi dia buat time balik sekolah. kalau rehat tu cikgu tak bagi rehat sebab tak siap kerja sekolah tu pon ada..

7. memaki hamun
BIASA..... biasa sangat

8.Conteng muka dengan kapur.
Aku pernah kene tapi dengan pen okey.. cikgu conteng misai kucing dekat muka aku sebab aku tak pandai eja perkataan dalam bahasa jawi. (sekolah agama). malu aku sebab kesan pen tu susah nak ilang. cikgu lukis tekan betul sakit kulit muka aku. jadinya aku balik umah dalam keadaan muka aku ada misai... huuu aku ingat nama cikgu tu cikgu jameah.. 

9. koyak buku latihan
biasanya kene sebab guna liquid paper, jawapan terpesong.. cikgu tengah bad mood, kerja tak siap.. biasalah tu

10. mengugut atau mengertak
tu biasalah. kalau awak tak siap kerja sekolah saya macam tu macam ni.. biasa..

11.tidak menghiraukan murid
ni biasa sangat. cikgu ni kebiasaanya ada peberet student dia. terutama sekali yang bijak pandai dan lawa serta hensem. kita beria tanya cikgu macam mana nak buat ini itu, dia bantai layan budak dia suka je. udahnya aku lari kelas sebelah.. aku merajuk tak masuk kelas.. 

12. tidak menanda buku latihan
masa zaman akulah kan, cikgu memang tak tanda pon buku latihan. paling busuk cikgu suruh tukar-tukar buku dan kawan-kawan tandakan.. memang menjadi kebiasaan termasuklah kertas peperiksaan..


semua aku pernah kenekan bahkan ada lagi yang tak tersenarai. tapi budak sekarang semua tak boleh. aku rasa semua bentuk hukuman boleh je dilakukan asalkan tak mencederakan. tapi tak tahulah mak pak sekarang sangatlah penyayang. orang-orang dulu macam mak pak aku jenis kalau sayang anak tangan-tangankan.. tapi tangankan pon bukan suka-suka nak tangan kenelah ada sebab dan tak mencederakan.

aku tak tahulah akan datang kalau aku jadi parents aku pon akan saman cikgu. harapnya taklah ahhaa mau aku tambah lagi ada hehehe.  

또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!



You Might Also Like

2 Komen