Gastrik.

6:51 PTG

안녕하십니까 ?
Apa khabar?

Hari ni aku ambil EL. Aku dah janji dengan diri aku supaya tak ambik cuti sampai bulan 6. Tapi kalau dah sakit nak buat macam mana. Baru semalam big bos cakap kalau boleh jangan asik EL tapi hari ni aku dah el. Semalam lagi aku dah rasa ada yang tak kene. Mungkin semalam aku tak makan nasi waktu pagi dan tengahari. pagi aku makan mee, tengahari ada yang memberi aku buah...

Petang pulak aku dah sakit makit. aku tunggu laki aku balik tapau nasi. Macam marah mamat tu bile aku tak masak bebel-bebel lak dia kene beli nasi tapi nak buat macam mana kita dah sakit. Sorryla ye.. ekau membebel den pokakkan telinga. den nak cuti sehari dua masak hehe. tapi laki aku tu bebelnye kejab je.. jangan lawan je time dia bebel. sejak aku kawen dengan dia perangai dia membebel menjadi-jadi betul. hahaha.

Hari ni aku tak larat betul nak pergi kerja. Pagi pulak aku tak makan. laki aku tu aku ajak makan sampai kul 12 baru nak bagi aku makan tu pon aku dah berpusing-pusing kesakitan. memang sakit. Nak muntah tekak dah loya tapi tak mahu kuar. udahnye aku jolok tekak aku. tak de apa yang keluar selain angin dengan air. sampai terkencing-kencing dibuatnya..

Aku makan gaviscon kasi redakan sikit sakit tu tapi ni masih sakit lagi. laki aku tanya nak masak apa. malasnya aku nak masak. huuu tapi macam nak buat Dalgangjeong (닭강정). Dalgangjeong ni ayam goreng rangup dan spicy orang korea.. Teringin pulak tekak aku ni. 



Laki aku dah bebel katanya aku ni asik makan bebukan sebab tu perut sakit. Makan pon tak tentu masa.Yelah selalu aku memang tunggu dia balik kerja kul 10 untuk makan malam. So perut aku tak mampu nak tahan dari kul 12 tengahari ke 10 malam tu. Aku pulak tak pandai nak ambik roti ke, minum nestum ke. memang tak pandai.

Lagi satu aku ni gemuk konon nak jaga makanlah tapi nak buat macam mana bila dok diet ke tak makan ke skip sekali makan pon aku dah berangin macam ni. dah gastrik pulak. Bile cite pasal gastrik ni teringat arwah bapak aku. Dia meninggal sebab gastrik. Agaknya aku ni ikut dia. dia memang tak de penyakit lain selain gastrik. Dia tu jenis suka makan ikut suka dia je. Kadang-kadang tak makan, kadang-kadang makan nasi lauk ikan bilis mentah. Itulah bapak aku.. Arwahnya.

Waktu dia meninggal dulu dua hari dia gastrik tapi mak aku tak call aku bagitahu. mungkin tak nak susahkan hati aku.. sebelum meninggal malam tu dia gastrik teruk. Mak aku kalau dia gastrik biasanya akan ambik air panas, letak pucuk betik dan ambil kain itam untuk tuam perut dia. Sampai sekarang mak aku selalu cakap dia menyesal buat macam tu kat bapak aku. Tapi bagi aku, mak dah buat tugas yang terbaik sebagai seorang isteri. Dah memang waktu untuk dia pergi.. Diam tak diam 1HB Feb haritu tahun ke 6 dia pergi. Al-Fatihah.. Semoga "Ah" bahagia disana. Amin.

Aku ni pulak.. terpaksalah menjaga makan lepas ni huhu. laki aku cakap jangan tunggu dia lagi. Makan je dulu. tapi tak sampai hati. Aduhh sakit perutlah pulak. Esok kalau rajin sambung lagi.. Kalau baik aku g keje kalau tak aku el lagi.

 또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!

You Might Also Like

4 Komen