Demam

10:41 PG


السلام عليكم 

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Sekarang ni cuaca tak menentu kejap sejuk kejap panas... Malam punya panas mak datok.. Aku yang duduk apartment ni rasa macam apa dah. Tingkap semua buka, angin pulak tak ada. Kipas jangan cerita selagi ada kat rumah tu selagitu buka. Dulu bermatian tak mau beli aircon sebab tak tahan dengan aircon nanti badan sengal-sengal. Tampaknya kita kene lupakan semua itu sebab keadaan yang panas ni memang mengganggu tidur aku. Tak boleh tidur beb.. Hari-hari tidur pukul 1-2 pagi memang rabak mata aku ni.

Haritu aku kene gastrik, la ni time malam je badan aku panas.. Sejuk menggigil.. badan sengal-sengal dibuatnya. Loya-loya, nak muntah rasa dah kat tekak je nak keluar tapi malu-malu sampai rasa nak jolok je tekak ni. Tidur malam pon berstokin tapi bila dah start panas je rumah aku ni dengan stokin-stokin aku lesih entah kemana.



Bila demam semua benda tak boleh buat. Masak memang kelaut. Hari-hari laki aku tapau nasi dekat kedai makan. Sorrylah en suami, bini ko ni sakit pastu malas. hahahaha. Sebenarnya larat lagi nak masak tapi aku tak larat nak mengemas lepas masak tu. Biasalah biasanya tukang masak akan menjadi tukang basuh pinggan kemas meja dan sebagainya kira pakej kan, hahahha baik menyerah kalah dulu hahaha. Oleh sebab takde kerja, kerja aku duk tepi tingkap tengok umah depan ni. Boringnyelah duduk apartment nampak umah depan macam ni. Nak seksi sikit pon takut orang nampak. Sabaujelaaaaaaaa




Tapi hari ni aku rasa aku sihat dah. Pergi kerja pon rasa segar je. Mungkin semalam aku dah balut badan aku dengan selimut. Siang selalu badan tak panas tapi rasa lain macam tu memang ada. Dah sakit gastrik aku pon takde tanda-tanda berulang kalau tak rasa macam ikan keli dok mengorek dalam perut aku hahaha.

Hari ni macam nak masak tapi aku takde idea nak masak apa. Susah juga hari-hari nak fikir nak masak apa. Laki aku tu selera dia lain.. Kalau ikut selera aku apa pon boleh.. Aish! pening-pening! Dah 3 tahun katanya tapi masih tak pandai masakan terengganu. aigoooooooooooooo.. Dah la aku nak google resepi nak fikir masak apa hari ni. hehhhehe


 또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!


You Might Also Like

0 Komen