Dalgangjeong (닭강정)

8:43 PG

안녕하십니까 ?
Apa khabar?


Semalam aku ada bagitahu nak buat Dalgangjeong (닭강정) kan? Ok jadi juga aku buat walaupon aku tak sihat. Tapi aku tak ikut resepi betul sangat aku bantai ikut sukaati aku. So untuk resepi bebetul sila pergi ke maangchi.com


Inilah Dalgangjeong yang aku buat. aku rasa lagi best kalau guna bahagian wing. Aku guna bahagian daging yang dah aku potong kecik-kecik. Aku salutkan dengan kunyit garam, telur dan gaulkan dengan tepung. Bolehlah goreng rangup.



Untuk dia punya sambal/sos tu aku buat ikut kepala aku je.. aku tak ikut resepi pun sebab kepala otak aku tak dapat nak fikir. Perut pulak sakit. Tapi aku rasa sama je.. Aku tumiskan bawang merah dan putih sikit, masukkan lada yang dah dikisar. (aku guna serbuk lada sebab lada boh tak sedap. nak kisar lada aku malas), masukkan gula garam dan ajinamoto.. Letak gula banyak sebab nak jadikan dia manis. Letak sos cili sikit. aku bantai letak blackpaper sikit. Masukkan potongan lada kering. Pastu dah naik minyak letak air asam sikit. Gaul rata sampai masak. Masukkan kacang yang dah digoreng. 



Pastu bolehlah gaul ayam yang dah goreng tadi dengan sos yang dah kita buat tadi. letak bijan sikit baru korea! hahahaha 

Ok tak? so kalau ada kawan-kawan rasa resepi ni tak betul atau merepek atau nak cadangkan resepi lain rajin-rajinlah komen kat bawah ye. Bolehlah kita saling kongsi resepi dan pendapat.



 또만납시다 !!!
ttomannabsida
jumpa lagi!

You Might Also Like

0 Komen